30 April 2009
Bukan Bodoh Lagi..dah Sasau
Apabila saya paste catatan kedua Ust Nik Abduh ke dalam blog ini, tiba-tiba lepas 2 jam saya terima sms dari Ust Din Tantawi, dia cakap “kalau nak jadi blogger copy paste baik tak payah jadi”, oklah, saya pun dah lama tak menulis, hambatan masa yang tidak mengizinkan, dari PRK Kuala Terengganu, kekalutan Isu Perak, PRK Bukit Gantang dan baru selesai Mesyuarat Agung Kawasan, kecuali isu Perak semuanya memerlukan tumpuan 200%, mungkin sekarang ni baru ada peluang untuk membuat sedikit catatan
Sebenarnya saya tidak mempunyai hak untuk mencampuri pembelaan seorang anak terhadap ayahnya, apabila kita melihat ayah kita cuba di pergunakan, sementelah lagi kita mengetahui sifat ayah kita yang selalu husnuzan kepada orang sekeliling kita pastinya rasa membuak-buak untuk membela ayah kita semakin kuat, Ust Nik Abduh telah melakukan apa yang sepatutnya di lakukan oleh beliau sebagai seorang anak, yang pasti apa yang di perkatakan ini pastinya tiada sebarang kepentingan kecuali kepentingannya sebagai seorang anak, hubungan beliau dengan TGNA sebagai seorang anak pastinya melebihi daripada hubungan politik bahkan dari segala hubungan, Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah mereka yang cuba membela diri, cuba untuk mentakwilkan pembelaan anak kepada bapanya, apa hak anda untuk mentakwilkan ini, sehingga menseranah Ust Nik Abduh dengan macam-macam, pasti ada kepentingan….kepentingan apa tu…pasti orang yang sekarang ini terlompat-lompat kepanasan tahu… tapi yang peliknya…Ust Nik Abduh hanya cakap pembantu ayahnya di Kelantan je, dari Driver ayahnya sehingga ke TMB Ust Ahmad Yaakob, termasuk di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dan Kota Darul Naim….tapi yang hairannya yang duk di Shah Alam yang terlompat, yang dok di Perak pun terlompat….dan yang lebih dahsyat lagi yang duduk di Dubai (kalau tak salah) pun ikut terlompat…kenapa begitu sekali?!! Apa masalah anda…Ust Nik Abduh cakap pembantu-pembantu ayahnya di Kelantan…sepatutnya orang Kelantan je yang tampil….yang merasakan diri mereka sebagai pembantu TGNA yang memberikan maklumat yang silap sehingga anak kepada TGNA melenting kerana mempergunakan ayahnya..tapi yang kat Kelantan ni senyap je…mungkin betul dan tepat tembakan Ust Nik Abduh tu.
Saya mengenali Ust Nik Abduh secara peribadi….mungkin beliau tidak lagi mengenali saya…tak kisah pun perkara tu, tetapi sepanjang pengenalan saya dengan beliau, beliau macam ayahnya juga selalu husnuzan, saya pernah ke Iskandariah, hatta ke Jabal Musa di St Catherine dengan beliau, kalau nak kata anak butir TGNA pun saya boleh perakui, kalau di bimbang dengan sifat husnuzan ayahnya sehingga ada orang keliling boleh mengambil kesempatan, maka saya pun pada masa itu berasa demikian, bimbang yang baik itu takut orang mengambil kesempatan darinya. Dengan sifatnya yang demikian tiba-tiba dia meletup dengan satu tulisan yang menggegarkan banyak orang, gegaran yang mungkin boleh sebabkan tahta yang sedang di duduki sekarang ini akan runtuh, dan juak-juak yang sedang menjunjung tahta itu akan turut sama runtuh. Kalau kita tengok filem Lord Of The Ring dalam episod Return Of The King, apabila Tower Sauron runtuh maka segala orcs dan segala penjahat yang bernaung di bawah Tower itu turut hancur walaupun mereka berada di mana sahaja, itu mungkin yang di bimbangkan oleh mereka-mereka yang berada di Shah Alam, Perak and Dubai atau di mana-mana sahaja, mereka pun akan turut runtuh sama.
Bila kita membaca catatan Ust Nik Abduh, Kerja-kerja bodoh dalam PAS 1&2 jelas kepada kita bahawa pola perbicaraan hanyanya berkisar tentang ketidak puasan hatinya terhadap mereka yang ada di keliling TGNA, di sebabkan beberapa perkara yang beliau telah sebut dan jelaskan, sepatutnya mereka yang tidak puas hati dengan penyataan ini mendesak supaya mereka yang telah melakukan perkara ini tampil dan memerikan keterangan bukan membebel dan menista Ustaz Nik Abduh, sehingga cuba ungkit kepada pembantu-pembantu Presiden pulak yang di sebut bodoh ada, gila pun ada… tak apa, kalau kalau betul pembantu-pembantu Presiden tak betul, bodoh dan gila tentu Ust Mohd Khalil bin Abd Hadi atau menantu presiden di Ustaz Zaharuddin Mohammad tidak akan berdiam diri, thiqah ana kepada kedua-dua ini, Ust Khalil dan Ust Zaharuddin sama thiqah saya kepada Ustaz Nik Abduh, keilmuan mereka, akhlak mereka, tok leh nok te’.
Saya bukan nak berhujjah tentang unity Government, sebab Ust Nik Abduh pun cakap bukan tujuan dia membuat catatan gempar ini, Cuma dia sebagai anak tidak berpuas hati dengan segelintir penasihat ayahnya yang melakukan kerja tak betul…..walau bagaimanapun amat malang apabila ada orang cakap Ust Nik Abduh tak faham ayah dia?!!!! Hooooiiiii kita bukan berbicara tentang Ust Nik Abduh yang umur 5 atau 10 tahun yang kadang-kadang lebih baik kita suruh dari kita larang…tapi yang kita bicarakan ini ialah Ust Nik Abduh yang umurnya sudah 30an, yang telah belajar dari India ke Pakistan dan ke Mesir.. janganlah kita rasakan bahawa kita lebih faham dan reti bahasa TGNA dari Ust Nik Abduh, jangan kita rasa kita lebih tahu perangai TGNA walaupun kita setiausaha dia ke atau Exco kanan dia ke dari Ust Nik Abduh dan adik beradik dia….cakap kita tu kena tapis jugak..jangan la melampau sangat…
Akhir sekali……apa yang kita mahu…mereka yang di sebut oleh Ust Nik Abduh dalam tulisan nya tu sila tampil kenapa dia buat cam tu….bagi yang duduk jauh dan bukan dari golongan yang di nyatakan oleh ust Nik Abduh tak payah nak ber’mee goreng’ di sini…mujur Ust Nik Abduh beri gelaran Mee Celup (sebab itulah hakikatnya, Imam syafie pernah berkata antara syarat menuntut ilmu agama ini ‘masa yang panjang’) dah kira bagus la tu…boleh jugak di makan dan laku jugak di jual.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Ustaz macam mung memang kene banyok nulis online, jangang bior orang macamg aku yang belajo sekuler ni je. Takdok mase konong.
Yang di Shah Alam , yang di Perak melenting,,,(panas)Yang Muda di Termeloh ikut melenting....dan yang Ustaz kata di Dubai tu sebenarnya berpindah di Indonesia dah....lepas PRK 036 hari tu pindak ke Jakarta...yang tu jgn di ambil kisah sangat, memang pengacau no wahid.
respon saya:
http://penawarrinduku.blogspot.com
Saya sangat setuju dengan pandangan Ustaz din Tantawi, kalau nak jadi blogger jangan main copy n paste je.....kadang-kadang ana pun tercopy juga....
Bertapa kerdilnya diri ini.
http://kisahbenar.wordpress.com/2009/05/03/kerja-bodoh-nik-abduh-dan-kerja-jahat-pembantu-presiden/
Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
May 3, 2009
Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.
Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.
Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.
Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.
Kenapa ya?
Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.
Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.
Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.
Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.
Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya. Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.
Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.
Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.
Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.
Tindakan TGNA, terlepaslah peluang pembantu TGHH nak rasa jadi Setiausaha Akhbar Menteri.
Mudah nak racun Nik Abduh kerana kemelut lama dan balak yang dak pernah Husam lulus. lepas Mac 8, Husam dok buat sistem baru bagi susah perut-perut tu nok kuyah balak. Husam sendiri minta TGNA gugurkan nama dia dari Jkuasa Balak. Tapi Mohd Amar ada dan gerenti sign surat balak.
Kalau Husam kena tendang, Mohd Amar boleh jadi MB Kelantan dan senang nak ranggas balak.
Nik Abduh kena racun, konon cerita Husam letok YB Latif cabar Nik Abduh dari jadi Ketua Pemuda Kelantan. Gambrar maut, menggaga Nik Abduh.
Lepas kena tegur maruah Nik Abduh lebam macam buah pauh siam busuk. Mulalah meraban kononnya, TGNA tawar dia tanding pilihanraya. Pilih saja kat mana nak. Jadi cerita, Nik Aziz ni berat sangatlah perangainya nepotisme. Walhal, masa PRU 12 TGNA sendiri cakap, Nik Abduh tak layak sebab ‘dok matang’. Tu memang ikhlas dari TGNA. Jadi hari ini satu Malaya dok tengok Nik Abduh ni tak matang.
Nik Abduh ni mangsa saja. Dia dok jahat tapi sikit ada sikap berlagak. Inilah yang dimanipulasi oleh pembantu Presiden.
Kesian. Lagu ni lah PAS kalau nak tahu. Cerita benar PAS yang Harakah tak keluarkan dan Utusan tak tahu menahu.
saya rasa pembelaan Shah Alam dan lain2 tu wajar kerana Nik Abduh telah meletakkan hujahnya pada konteks yg salah.
dia langsung tidak menjawab apa moral PAS berhubung dgn UMNO dalam realiti mereka ada janji dgn PR. Ia langsung tidak mengukuhkan PR.
mengabaikan konteks hanyalah satu usaha membodohkan rakyat.
saya orang biasa membaca tulisan Nik Abduh pun berasa jelik dan ia timbul dari sikap yg tidak tuntas.
Pedulikan Amin si Mulut Becok nak kata apa..
Nik abduh hidup bukan kerana si Amin kata Nik Abduh profesional.. dan Nik Abduh takkan mati dengan ke'jelik'an si Amin..
kalau tak nak terima kritikan, jadilah macam tanpa nama 2009 Mei 6 08:20
Kawe ore kelate- kawe setuju Imanu Billah berkata...
Amin u baca tak apa yang nik abduh tulis...sekarang ni dia tulis tentang orang yang dok buat perangai tak betul di keliling ayah dia.... dia bukan cakap masalah PAS atau UMNO...baca tu kena faham..bukan lepas baca dah faham tapi buat-buat tak faham.
Ust Nik Abduh cakap...lain masa boleh cakap pasal Unity Goverment...apa la lemah aku dengan orang yang bengap-bengap ni..baca betul-betul
Catat Ulasan