Tarikh
| Peristiwa
|
20 Julai | - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor baru bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan. - Menteri Besar (MB) Terengganu Dato' Ahmad Said membuat justifikasi tindakan kerajaan membeli kereta mewah itu adalah usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan, dan dibeli bukan dengan duit royalty minyak |
21 Julai | - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dalam kabinet kerana keputusan itu adalah melanggar dasar kerajaan yang mengkehenddaki semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional. |
22 Julai | - Setelah mendapat reaksi negatif dari rakyat negeri Terengganu, Terengganu mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan kerajaan Terengganu dan mendedahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membayar kos tinggi untuk menyenggara kereta Perdana V6 Executive sejak 2004 hingga 2008. tinggi, mencecah RM175,229.97 dan menyatakan kereta Perdana V6 Executive yang pernah digunakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh mencatatkan kos tertinggi senggaraan berjumlah RM235,123.08 |
23 Julai | - SUK membuat penjelasan bahawa penyelenggaraan kereta Idris berjumlah RM131,449.83 bukannya RM235,123.08 dan perbelanjaan keseluruhan penyelenggaraan 16 kereta digunakan Exco serta pegawai tinggi kerajaan negeri dalam tempoh empat tahun adalah RM1,071,668.82, - Mesyuarat kabinet memutuskan bahawa kerajaan Terengganu tetap mesti menggunakan kereta nasional dan tidak dibenarkan menggunakan kereta Mercedes walaupun ia telah dibeli. Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) sekiranya tindakan kerajaan Terengganu menggunakan Mercedes adalah melanggar kandungan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II). - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan Terengganu tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang dalam negara kerana mengikut Arahan Penbendaharaan ia tidak membabitkan kereta tetapi kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda. |
24 Julai | - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan keatas salah sebuah kereta Proton Perdana V6 Executive kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat tahun, kerana jumlah tersebut adalah terlalu besar. - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mokhtar Nong mengesahkan empat pemandu Exco Kerajaan Negeri Terengganu disoal oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan kos ‘terlampau’ penyenggaraan Proton Perdana V6. - Pedana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kerajaan Terengganu perlu akur dengan arahan penggunaan kereta Perdana V6 Eksekutif untuk kegunaan Exco Kerajaan Negeri. Abdullah berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit sudah membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta, ia akan digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu. - MB Ahmad Said berkata isu pembelaian kereta Mercedes selesai mengikut fahamannya setelah berjumpa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri |
25 Julai | - Idris Jusoh melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan susulan berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakannya. - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya, Seni dan Warisan Negeri Terengganu, Dato’ Za’abar Mohd Adib melanggar arahan Perdana Menteri,apabila menghadiri Pesta Bunga - Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil lima orang lagi untuk memberi keterangan berhubung kes perbelanjaan penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive menjadikan kesemuanya sembilan orang telah dipanggil. |
26 Julai | - Setiausaha Politik MB, Ahmad Nizam menyifatkan tindakan Idris melantik peguam dalam isu kos penyelenggaraan kereta yang tinggi dibangkitkan adalah suatu tindakan - BPR telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi. |
27 Julai | - Tiga pemilik bengkel kereta turut ditahan BPR membantu siasatan kes berkenaan. - Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mokhtar Nong mendedahkan empat pusat servis utama yang digunakan oleh ahli-ahli Exco dan pegawai kanan negeri ialah Pusat Servis EON, Tenaga Setia Service Sdn. Bhd., Pusat Servis Ranaco dan AMBL Services. - MB Ahmad Said berkata Ahli Exco dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga selesai siasatan kes selesai - Pendedahan media berhubung isu penggunaan Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi Exco Terengganu bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pemimpin UMNO Terengganu |
27 Julai 2008
Kronologi Krisis Mercedes Terengganu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan