14 Jun 2009

Pohon Sembah Derhaka


Membaca sekali lagi komen YAB TGNA tentang kerajaan perpaduan melalui Malaysiaikini.com beberapa persoalan timbul dalam benak dan pemikiran ini, perkara ini meracau-racau bukan setakat hari ini tetapi ianya bermula daripada selepas muktamar baru-baru ini. Meracau-racau bukan kerana apa, meracau-racau kerana ianya-tidak serupa dengan apa yang ajar kepada kita, tidak serupa dengan apa yang di tarbiyyahkan kepada kita dan tidak serupa dengan yang di taklimatkan kepada kita.
Selepas muktamar yang lalu ,terbaca kenyataan 2 orang Naib Presiden yang baru di pilih YB sallahuddin dan Yb Mahfuz berkenaan dengan perlantikan YB Husam dan Mad Sabu ke dalam Dewan Harian PAS Pusat, hairannya ialah mengapa orang yanga ada access dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mencadangkan perkara itu melalui akhbar, menjadikan ahkbar sebagai tempat pertama untuk mengemukakan cadangan, lain la kalau kita tiada access dan bukan ahli mesyuarat, kekadang tertanya-tanya kenapa di buat macama ni…ke YB Salahuddin dan Yb Mahfuz nak isytihar kepada Yb Husam bahawa dia penyokong dan pembela Yb Husam…dan kenyataan akhbar itu sebagai bukti kepada Husam? Atau macamana? Sampai sekarang saya masih lagi bingung memikirkannya dan masih belum ada jawapannya..kenapa? kita di ajar oleh pimpinan sejak dari dahulu bahawa media arus perdana musuh kita, menyeleweng dan berniat jahat kepada kita, tapi malangnya media ini menjadi ‘telinga pertama’ mendengar cadangan-cadangan kita yang sepatutnya kita boleh cadangkan sendiri dalam mesyuarat.
Begitujuga kenyataan YAB TGNA, bukan mahu mentakwilkan apa-apa..Cuma perlu juga kita ingat beliau bukannya maksum, dan amaran tentang penasihat-penasihat yang menyesatkan juga telah di keluarkan oleh anaknya. Menggambarkan kepada kita bahawa Majlis Syura Ulama belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengannya, yang ada hanyalah kenyataan Mursyidul Am yang mempengerusikan Majlis Syura Ulama’, ahli mahu mendengar macamana keputusan Majlis Syura Ulama’, secara ijma’, kerana apa yang di lihat pada hari ini, dan kita semua pun tak reti dah nak fikir…Presiden sejak belum muktamar lagi telah tarik balik idea dia ni, Timbalan Presiden tak mahu bincang lagi perkara ini dan tak nak cakap perkara ini dan tegaskan tidak ada apa-apa hasrat untuk bawak PAS ke dalam UMNO atau BN…TUTUP KES. Tapi mengapa Mursyidul Am masih lagi bersuara? Apa yang di mahukan oleh Mursyidul Am. Dan mengapa masih lagi menggunakan media sebagai tempat untuk menyatakan itu dan ini mengenai pendiriannya. SAYA DENGAN RASA RENDAH HATI MEMOHON KEPADA YAB TUAN GURU DATO’ MURSYIDUL AM MEMANGGIL MESYUARAT MAJLIS SYURA ULAMA’ PAS DAN MENGELUARKAN KENYATAAN MELALUI NYA DAN BUKAN MELALUI MEDIA....KERANA IA MENGELIRUKAN AHLI

POHON SEMBAH DERHAKA

20 ulasan:

Pemburu Syahid berkata...

Semoga Allah swt keluarkan kau daripada jemaah ini !!

kema berkata...

saudara ckp ckp ust hadi da trk blk idea NI SBLM muktamat lg.. tp mengapa dlm ucpan dasar preseden, ust hadi masih menyentoh tentang kerajaan perpaduan?? dan ust nasa pon mcm tu jgk.. sblm menang dia ckp lain n slpas dia menang dia ckp lain.. kalo saudara byk membaca, mesti saudara tahu tntang hal ini.. dan sekarang apabila golongan boneka umno ni merasa x selamat lagi dgn isu ini, barulah disuruh ttp perbincangan tntang isu ini... jadi dlm hal ini, tok guru nik aziz adlh btol dan pemimpin sejati pas kerana tetap pendiriannya.. adakah anda msh percaya pada ust nasa yg dulu pernah berbohong mengatakan tidak ada rundingan dgn umno? kalo paklah yg x bocorkan rahsia ini.. tentu kita akan tertipu dan terus tertipu

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perpaduan tidak disebut dalam ucapan dasar.... kema salah.

Tanpa Nama berkata...

kema...kau baca ke tak ucapan dasar...cuba kau bagitahu aku bila TGHH bercakap tentang masalah UG...hanya seorang sahaja yang bercakap tentang itu...Khalid Samad..kau hadir ke tak Muktamar ni?!! ke kau hadir kat bazar di luar tu je?

apa yang ust nasa cakap belum menang dan lepas menang adalah perkara yang sama... yang tak faham ialah penasihat-penasihat duduk keliling TGNA....kenapa harus ambil sekerat keputusan di Muktamar Ipoh...kenapa cuba mandulkan ruang lingkup dakwah PAS...baca habis dulu keputusan Muktamar Ipoh...ada di tulis dalam blog ini juga bawag tajuk Muqabalah & Kerajaan perpaduan...

zahidyusof berkata...

PEMBURU SYAHID...jangan jadi orang takabbur....kau ingat nama kau tu jamin betul ke...kalau aku tulis tu salah ikut quran dan sunnah sebut kat mana?...jangan dok perasan kita je betul dah la....ehhh ada seorang kat Besut ni hebat dari kau lagi...akhir sekali masuk UMNO

Cenangau berkata...

Aku setuju jugak cadangan supaya Majlis Syura' Ulama ni cepat² bersidang tapi kalau la, aku ulang sekali lagi, kalau la keputusan Majlis Syura' Ulama berpihak kepada Kerajaan Perpaduan, akan ada pulak yang 'jengkai' sorang-sorang ahli Majlis Syura' Ulama, depa akan congak pulak sapa belah TG Nik Aziz dan sapa belah TG Hj Hadi. Ish! haru jugak. Mesti ada punya laa...

kema berkata...

kpd tanpa nama, isu UG da lm da reda sblm ni.. tp tmbul blk sbb hj hadi yg sbotnye dlm muktamar.. tu yg jg hngat blk mcm skrg.. nasa kpd media sehari sbl pemilihan wt kyataan xde agenda nk bw pas kpd umno.. sehari lpas menang trus dia ckp kita tidak menolak perundingan.. nasa ni jgk sblm ni aku tabik..tp skrg x lg sbb dia pernah menipu.. dulu bila ditanye, wujudke rndingan slt dgn umno, dia ckp xde, tp pas2 pklah kantoikan dgn bgtau kpd media bhw wujud rndingan ciap dgn gmbr sx. pas2 mula la nasa ckp rndingan itu mndapt restu mjlis syura.. kalo dpt restu, masakan tok guru nik aziz sendiri tntang n x tahu menahu tntang adanye rndingan.. da la sx da mnipu.. pas2 jd 2x plak ble dia ckp dpt restu mjlis syura..

kema berkata...

sbb tu tok guru nik aziz ckp kalo xde pasai, x pyh cr pasai. ni yg kt bwh ni aku xtau kesahihannya, sj aku petik dr penarik beca.. x slh pon kalo hanpa bc.. skdr wt renunganOleh: PenarikBeca
Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!

Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):
Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.

Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.

Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.

Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.

Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.

Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".

Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.

Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.

Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.

Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:

Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?

Email itu mendakwa "Ya"

Siapakah Nasharuddin Mat Isa?

Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.

Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan

kema berkata...

senang2 tnpa nama perlekeh penasihat tok guru nik aziz. penasihat2 tok guru ni lah yg hbt2.. sbb diorg lah yg duk tlg tok guru tadbir kelantan.. bkn sehari dua.. da 20 thn da kelantan kekal di bwh pemeri ntahan pas.. mn perginya penasihat trengganu yg hbt2 tu ye?? 5 thn je ganu duk bwh pas.. hrp2 geng ganu pasni bljr dr penasihat2 klntan.. logikla kalo yg 20 thn ajar yg lm thn.. skang ni umno ganu duk gadoh sm sndiri.. ni lah pluangnye...

Tanpa Nama berkata...

Kema...ada banyak benda yanghang tak jelas.1) Muqabalah @ Muzakarah
2) UG 3) Kelantan Terengganu. 1) Muqabalah @ Muzakarah dengan 'UMNO', tajuk ni dah selesai selepas muktamar di Ipoh yang menyatakan bahawa PAS akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan membuka pintu perbincangan kepada sesiapa sahaja dalam dan luar negera untuk kepnetingan Agama dan Bangsa...so apa salahnya kalau PAS begitu, nak kata tak boleh...mana prinsip dakwah PAS? kita nak ketepikan arahan Allah?...oooo UMNO pernah tipu kita...UMNO tipu kita dahulu... ye UMNO tipu kita dahulu sebab kita bodoh...kita bodoh dok berebut jawatan MB, Dato' Asri, Mad Nasir, Pak Nik Lah..kita tak sepakat maka senang UMNO tipu kita. Abu Sufiyan berapa kali tipu Nabi? Bini dia makan hati pak seara nabi, dia tipu Nabi semasa Hudaibiyyah, di ketua perang Ahzab...kalau ikut KEMA, Pakai tak payah runding la dengan Abu Sufyan..masa masuk mekkah tu..terus kerat kepala. Firaun berapa kali buat tak elok pada nabi musa? dia bagi nabi musa makan bara api..hingga lidah nabi musa tercedera sebab tu minta dengan Allah lantik harun sebagai pembantu..dan banyak lagi dia buat kat Nabi Musa, tapi Nabi Musa tetap bincang.

Perbicangan antara PAS dan UMNO Pasca PR Umum ialah sekali dan di report kepada AJK PAS Pusat dan Majlis Syura...Khalid samad pun ada dalam perbincangan tu, hasilnya di tolak tawaran UMNO...selesai...

Dato' Wan ABu Bakar...itu kema cakap ada email..baik..pertama itu hanya cakap...bukti? kedua kalau ada sungguh...apa salahnya?? salah apa?? hoi kalau PAS nak masuk BN ke apa ke Muktamar Khas yang akan luluskan..kedua mana u tahu itu tidak ada kebaikan kepada PAS? ye mungkin pasal selatan Thai tu TGNA tak nak masuk campur sebab ia adalah hubungan antara bangsa. manakala untuk gulingkan Najib..apa salahnya...kan itu menunjukkan bahawa kita boleh mainkan peranan dalam mencaturkan mereka...macam di Terengganu, kalau tidak kerana PAS sokong Mad said semasa awal pelantikan MB Dulu pasti Deris masih lagi MB dan UMNO tak berpecah macam sekarang.... bila baca email yang KEMA bagitahu ni makin bertambah repek aku pada Ust Nasa...dia boleh masuk dengan orang yang nak jatuhkan Najib..wow...hebat tu.

Jadi berbalik kepada UMNO...dalam muktamar baru ni hanya di tegaskan keputusan Muktamar Ipoh oleh TGHH, manakala Ust Nasa dalam perasmian pemuda menyatakan bahawa tidak ada usaha untuk bawa PAS ke dalam BN atau UMNO..perbincangan kalau ada pun apa salahnya..untung-untung kita boleh bubuh api macam yang di lakukan oleh USt Nasa tu.

2) UG..itu hanya idea Presiden...belum ada perbincangan, dalam PAS sendiri pun belum lumat lagi lagi, cuma ada yang jenis pekak badak dalam PAS ni, belum dengan dari presiden dah hentam presiden, sebab dia fikir inilah peluang untuk cipta isu lawan kerusi Tim Presiden..mesyuarat pun jarang masuk, masuk pun tak pernah habis. UG HANYALAH IDEA, KENAPA PERLU MARAH BILA ORANG BAGI IDEA, KECUALI IDEA TU BERLAWANAN DENGAN QURAN DAN HADIS.

3) Kelantan & Terengganu...perkara ini tidak pernah di ungkitkan oleh sesiapa kecuali oleh spesis-spesis macam KEMA ni, bila habis idea, habis modah nak patahkan hujjah orang maka timbulkan isu ni, Ye Kelantan boleh bertahan 20 tahun...dulu tidak pernah celaru samada dalam PAS pusat atau dalamk Kelantan sendiri...sebab duluorang yang keliling TGNA penasihat-penasihat mereka orang yang tidak mencari peluang, dulu penasihat TGNA Ust Khidir Khatib, Ust Mad Daud Iraqi, dan beberap orang ust lagi yang tidak menyesatkan...
bersambung....

Tanpa Nama berkata...

.....sambungan


Hari ni..kenapa dalam Kelantan sendiri bergolak...orang-orang yang ikhlas macam ust Nik Amar, Ust Mad Daud Iraqi...menentang penasihat-penasihat yang menyesatkan ni, hinggakan Ust Nik Abduh sendir yang tiada kepentingan politik, yang dia tahu hanya sayangkan ayahnya pun bersungut tentang penasihat ni. Baik pasal Kelantan & Terengganu, ye..Terengganu hanya sepenggal..tapi Terengganu telah berjaya nobatkan Quran Sunnah Ijma' Kias sebagai undang-undang tertinggi Negeri...Kelantan 20 tahun boleh ke? Terengganu walaupun 1 penggal tapi 50,000 lot tanah untuk rakyat.

PAS Terengganu telah siapkan petisyen untuk semua dun Terengganu kerana kita ada bukti UMNO menipu dalam PRU 2004, tapi semua kena gugur ankara husam yang adakan hubungan dengan Khairi tanpa pengetahuan JK PAS Pusat, Majlis Syura, akhir sekali untuk raikan suasana aman dalam PAS, PAS Terengganu gugurkan, kalau ikutkan pegutas-petugas yang bersengkang mata cari bukti untuk patisyen, mereka amat kecewa, tapi fikirkan jamaah.

KEMA jangan duk cuba untuk tegakkan tali Kren yang dah putus tak leh....

kema berkata...

ape bkti husam pgkhianat?? hang knal ke ust daud iraQi?? mmg dr segi agama dia sgt warak.. tp dr segi jg dun dia krg berwibawa sikit... aku tau dia dl ktua dwn ulama, n dia juga adun kwsn aku.. emm utk pgtahuan saudara, amat ssh sx utk ust daud msk kg... beza dgn salahudin ayub ahli parlimen k.k yg selalu trn padang.. n sll je aku tgk salahudin berlegar legar kt kwsn k.k tu.. tp mn pergi nye ustz daud sbg adun dlm kwsn k.k.. aku tau dia ada mslh kesihatan, tp larat pulak dia pergi berkebon kt kmpong aku.. n pas2 dia da x tnding da sbg adun kwsn aku.. sbb dia tau org da x sk da kt dia.. kalo ko nk tau btol ke x.. pi la surver kt k.k tu... nik amar pon smpi skrg msh jd pembntu nik aziz.. aku rs xde mslh pon dgn nik amar.. husam pon ok je, pepehal dialah yg tlg tok guru.. tok guru org sgt berpengalaman, dia reti pljh pmbantu2 nye..

kema berkata...

pepehal pon..yg pasti ust nasa tlh menipu sume ahli pas.. smpai mhfuz pon trt tertipu.. kesian kt mahfuz terpksa tarik blk kyataan awlnye kpd media bhw x ada rndingan.. pas2 terbukti ada perjmpaan sulit.. pepon kt cni mahfuz x bleh dipersalahkan sbb dia x tahu menahu n x diberitahu.. sdangkan dialah ktua penerangan pas ketika tu.. kesian mahfuz dek angkara nasa

Tanpa Nama berkata...

Paling Kurang Ust Nasa Report jugak kat jawatankuasa PAS Pusat..ada saksi bersama Dato Mustafa Ali & Khalid Samad....

Husam Musa pasca pilihanraya ke 11, sebarang laporan pun tak ada...alih-alih semua petugas di maklumkan bukti yangdi kumpulkan untuk patisyen di Terengganu tak jadi..Husam punya pasal

Tanpa Nama berkata...

berkenaan dengan pembantu-pembantu TGNA kenapa Nik Abduh dok bising, tak kira la sapa.... Kau nak kata Nik Abduh ada kepentingan? ada tujuan yang tersembunyi..... kenapa tak bagitahu sebab Husam tak bertanding di Kijang? kena pindah ke Salor...cerita tu kan semua orang tahu kenapa!, jadi tak payah dok bela sangat....

Saya bukan apa....perbincangan ialah tentang UG...yang hanya idea Presiden... kalau Idea tu bertentangan dengan Quran dan Sunnah kemukakan hujjah mengikut Quran dan Sunnah jugak...kenapa harus seranah...Ust Nasa pulak...kau rasa dia nak jual PAS ke?? atau di gila jawatan....kalau dia mahukan kepentingan peribadi tanpa memikirkan agama dan jemaah dia boleh pergi sendiri....

Jangan dok rasa hanya kita je ikhlas orang lain tak, kita je betul orang lain tak...dengar dulu, kaji dulu, guna Nas untuk berfikir, bukan main tangkap muat je.

kema berkata...

report selepas da kantoi wt ape.. kalo tntang petisyen tu da ckp bukti, xkan hj hadi syp je.. xkan hj hadi jd lemah bile berdepan dgn husam.. x logik jgk kan.. emm rmi jgk yg x stuju dgn nik abduh tu.. n da ditunjukkan dlm pemilihan ketua pemuda pas kelantan apabila beliau tewas utk rebut jwtn ketua pemuda pas kelantan.. wah x kan nk diragui pulak pmbantu nik aziz mcm nik amar n rmi lg spt nuar tan.. apelah sgt nik abduh tu jika nk dibndingkan dgn nik amar.. nik amar ni org lama.. da msk dgn tipu daya umno kt kelantan tuh..

al kedahan berkata...

Sila rujuk tulisan Mantan Ketua DPP Kedah Sdr Aris Awang... Mohon Sembah Derhaka....

http://arisawang.blogspot.com/

Mohon Sembah Derhaka!!!


Jangan Main Dengan Api..... Akan Terbakar Nanti
Tuhan Yang Maha Mengetahui

Niat seorang manusia tiada manusia lain yang tahu, walaupun berbual bertentangan mata.

Apa yang dinilai dan ditanggapi ialah percakapan dan tingkah lakunya.

Begitu juga, PAS sebagai sebuah Gerakan dan Parti Islam, kenyataan dan tingkah laku amat memain peranan untuk dinilai dan ditanggapi oleh masyarakat dan yang lebih penting ialah pengundi setia.

Ketika, UMNO/BN dibenci oleh rakyat, tiba-tiba kenyataan dan tingkahlaku menunjukkan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN.... sebutlah dengan nama apa sekali pun dengan penuh ikhlas untuk kebaikkan rakyat. Rakyat tidak akan nampak, kerana telah terlekat dalam pemikiran rakyat, pemimpin UMNO/BN rasuah, menindas rakyat, diskriminasi, kroni, penting diri, zalim, menolak syariat Islam, salah guna kuasa, jahat, penipu, cakap tak serupa bikin, tiada akhlak..... (sila tambah sendiri).

Sebutlah berulang kali........ PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN, "Niat kami bukan begitu", tetapi apabila sebaik selesai muktamar ia diulang kembali dan lebih malang apabila bekas Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang pula menyebut bahawa beliau pernah ditelefon oleh salah seorang pemimpin PAS supaya membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Perak selepas pilihanraya umum yang lalu. Maka pemimpin tidak boleh memarahi ahli bawahan dan rakyat dari berbagai kalangan yang meragui keikhlasan PAS dan mungkin selepas ini menolak PAS (Na'uzubilLah).

.....boleh buka blog....

Tanpa Nama berkata...

Ok Sekarang ni apa yang KEMA nak..ini bukan masalah kantoi atau tidak kantoi hasil dari pertemuan sekali tu sekurang-kurang dapat semula harakah sekali seminggu.

KEMA tak payah nak sembunyi masalah yang berlaku antara Husam & Nik Amar..semua orang tahu yang Husam berpindah kawasan dari Kijang ( Pengkalan Chepa) balik Salor.

berkenaan dengan petisyen...bukan tanda lemah TGHH (Kema panggil Hj Hadi je...walaupun orang Trg tak penah panggil Nik Aziz)itu tanda tolak ansur presiden dalam menangani perangi anak buah yang rasa pandai dan bijak...apa jadi kalau presiden buat banyak mulut...buat statement dalam akhbar sedangkan salurannya ada.. dan mana tahu Presiden tak tegur?

Soal orang sokong atau tidak nik abduh itu soal kedua..orang setuju atau tidak pun soal kedua...orang tak sokong dia bukan makna dia salah. Nik Abduh seorang yang tidak ada kepentingan lansung, dia menegur kerana dia sayangkan ayah dia...KEMA cakap bukti Nik Abduh salah sebab dia kalah KDPPK, macamana pulak dia dapat undi terbanyak AJK DPPP, tu dia tolak ansur tak tanding Timbalan Ketua, kalau dia tanding insyaalah menang..so macamana dia betul apa.

ooo report kemudian..lebih baik ada dari tiada...kedua, rundingan Husam-khairi bukan rekaan...tapi tak nak la dedah sampai terlondeh..cukup takat tu je la.

Perundingan dengan UMNO!, apa yang salahnya? aku tak faham kenapa salah? Ust Nasa kata bukan nak bawak PAS masuk BN atau UMNO, nak bincang...apa masalahnya kalau bincang?? bagitahu aku sikit salah apa? takat sekali bincang ni..aku nampak untung kita...dari tiga yang kita minta dapat satu...UMNO belum dapat apa-apa lagi....UMNO akan dapat jika geng-geng yang kalah pemilihan baru ni dok bising..cuba diam-diam tengok dulu apa kesudahannya..tunggu sampai klimaksnya. cuma takkan semua tindakan pimpinan nak report kat kita semua, bagi la peluang kat mereka dulu berindak...itu tandanya thiqah..Presiden dah tegaskan apa-apa yang melibat dasar akan dapatkan kelulusan muktamar khas..

sebelum akhir...pesan kat Husam tu..jangan dok buat perangai macama masa jadi Naib...masuk meeting JK Pusat tak pernah habis.... lepas tu buat PC macam-macam tak serupa mesyuarat...pesan ye

Cenangau berkata...

Pasai tu la aku lobi untuk Mad Sabu. Senang, tak payah susah-susah nak bersoal-jawab

hah hah ha

Azman berkata...

Cenangau berkata...

Pasai tu la aku lobi untuk Mad Sabu. Senang, tak payah susah-susah nak bersoal-jawab

hah hah ha

Tu lar , Mat Sabu ni bila bertanding jawatan Timbalan Presiden tak dak plak nak buruk2 calon lain, jawapan dia mudah jer nak tolong Presiden. itu yg menyebabkan penyokong Pas respek kat dia tu............


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda