09 Mei 2009
Individu Ulama' & Institusi Ulama'
Bukan untuk menyanggah…jauh sekali untuk berdebat namun saya fikir di sana masih ada ruang untuk saya yang berpandangan kolot dan terbelakang (orang kata la) untuk mengeluarkan sedikit pandangan dan ulasan tentang polimik yang sedang berlaku dan hangat di perkatakan sekarang, jangan sesiapa hendak menyalah tafsirkan keadaan yang berlaku ini, di dalam PAS perkara ini biasa, berhujjah dan mengeluarkan pendapat adalah sesuatu yang amat sihat, sahabat-sahabat dari kalangan UMNO jangan cepat bertepuk tangan dengan menyatakan bahawa PAS sudah berpecah, jangan cuba…hatta terlintas dalam hati pun jangan, kerana perkara seperti ini amat biasa di dalam PAS di semua peringkat..di dalam PAS tidak ada konsep ‘MENTAQDISKAN’ pemimpin …apa makna taqdis? (cari sendir dalam kamus..atau tanyalah ulama’) tidak pernah sekalipun dalam hidup ini kita terdengar laungan Hidup Yusof Rawa!!, atau Hidup Fadhil Nor!! atau Hidup Hj Hadi!! atau Hidup Nik Aziz!! namun kita amat kerap mendengar Hidup Mahathir!! Hidup Pak Lah!! Dan Hidup Najib!! Itu bezanya PAS dan UMNO.
Perkara yang ingin di bincangkan bersama kali ini ialah berkenaan dengan Institusi Ulama’ dan Individu Ulama’, sehingga ada yang menyatakan
"Apa yang penting bukan ulama secara individu yang dipertahankan sebaliknya institusi ulama itu sendiri. "Majlis Syura Ulamak memberi segala panduan mengenai dasar parti biar pun kuasa eksekutif berada di tangan Presiden, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.
Bukan untuk menafikan kebenaran kenyataan ini, sementelah lagi siapa saya untuk menafi dan memepertikaikan ucapan pimpinan, kerana mungkin kefahaman kita tentang perjuangan dan dasar-dasar PAS ini jauh lebih cetek dari fahaman yang di fahami oleh pimpinan, kita hanya bekas pimpinan di kampung, namun ada beberapa perkara sahaja yang saya ingin sebut mudahan boleh meluaskan pernyataan di atas itu.
1- Bagaimana Institusi Ulama’ itu boleh terwujud tanpa individu yang Alim, dengan memahami konsep Majlis Syura PAS, namun jika sekiranya kuasa eksekutif yang ada pada tangan ulama’ pada hari ini sudah pandai di takwil dan di tidakkan oleh sesetengah golongan, maka tidak mustahil jugak suatu masa kelak, Majlis Syura Ulama’ PAS hanya cukup sekadar di sertai oleh 3 orang ulama’ yang Faqih, Alim dan menepati ciri-ciri ulama, kerana alasannya buat apa ramai-ramai ulama’ dalam Majlis Syura, kan ulama’ sebagai rujukan..nak rujuk 2,3 orang tak apa, maka tidak mustahil kehadiran ulama’ di dalam Majlis Syura akan di takwilkan satu masa kelak…..Ala Ustaz takkan sampai macam tu…tak kan tergamak orang buat macam tu pada ulama’… 10-20 tahun lalu, ada orang terlintas atau tidak akan berlakunya keadaan seperti ini?, dalam masa keadaan PAS di tohmah dan di nista…semuanya bergantung kepada Ulama’, Majlis Syuranya dan eksekutifnya…apabila sudah kuat maka ooooo pemimpin PAS tidak semestinya ulama’…kerana yang mustahak dan penting ialah institusi dan bukan Individu.
2- Siapakah yang lebih faham ulama’ ? ulama’ sendiri atau bukan ulama’, perbincangan yang berlaku sekarang ialah tentang kerusi no 1 & 2 jemaah, atau dalam erti kata lain mereka yang akan melaksanakan padangan dan keputusan Majlis Syura Ulama, melaksanakan dalam erti kata memahami apa yang tersurat dan tersirat dari setiap pandangan dan pengarahan Majlis Syura Ulama’, …….alah ustaz bukan payah sangat nak faham arahan Majlis Syura Ulama’…cakap je la kami faham, kami bukannya bodoh sangat samapai nak faham Arahan Majlis Syura, bukan kami tak pernah di tarbiyyah…usrah kami masa dalam IRC dulu pun kami yang jadi naqibnya. Mungkin betul apa yang di cakapkan itu, tetapi apakah pemahaman itu sebenar-benar kefahaman, takkan setiap kali Majlis Syura keluarkan pandangan dan arahan mesti di attach dengan nota-nota usul fiqh, qawaid Fiqhiyyah, Salinan tafsir Qurtubi, Salinan Tafsir Ibn Kathir, atau Syarahan Imam Nawawi terhadap Sahih Muslim, atau pun terjemahan pandangan–pandangan ulama’ khalaf dan salaf terhadap satu-satu perkara. Ala ustaz kan dah banyak terjemahan-terjemahan..kami boleh baca la semua tu….kalau macam tu..kenapa kita nak cari orang terpaksa baca terjemahan daripada orang yang memang sudah tahu.
3- Ulama pun boleh menyumbang kalau tak jadi pemimpin pun, begitu juga yang bukan ulama’ sudah banyak tempat-tempat penting telah di berikan kepada bukan ulama’, tidak boleh menyumbang lagi kah? Tidak cukup berkesan lagi kah? Jika pengurusan atau penampilan PAS tidak berkesan…apakah itu salah ulama’ yang ada di atas…bukankan Setiausaha Agung, Lujnah Pemerkasaan Parti sudah ada yang boleh menasihat dan menjalankan tugasan tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak. Atau mahu bicangan tentang hala tuju PAS..kabur ke tak kabur ke…. Pusat penyelidikan PAS Pusat… boleh buat cadangan…. Kesemua itu ialah tempat-tempat yang di beri amanah untuk kita menyumbang….Naib-naib presiden..tak kira sapa…. Abg Mad Ke, Dato’ Husam Ke, Ustaz Mad Awang ke? Bagaiamana sumbangan kita? Adakah kita tersekat dalam memberi sumbangan atau macamana? Walaupun laporan kerja yang di lakukan oleh Naib Presiden tidak di sertakan dalam Muktamar…namun ahli mahu melihat..apakah Abg Mad memerlukan jawatan Timbalan Presiden baru boleh buat kerja? Atau Dato’ Husam jadi Timbalan Presiden baru boleh menentukan hala tuju PAS..sekarang sebagai Naib Presiden tak boleh? Ada sekatan? Atau kita yang menyekat diri kita, adakah kita pernah bermuhasabah adakah sumbangan kita setara dengan TG Haji Hadi semasa beliau jadi Naib Presiden dulu bagaimana beliau boleh membentuk fenomena Islamic bukan sahaja di kalangan masyarakat akan tetapi di kampus-kampus dalam dan luar negeri…. Begitu kuat arus yang di bentuk olehnya….hinggakan pada waktu itu hampir menenggelamkan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan Presiden…ada TG H Hadi Cabar ustaz Fadhil sebagai Timbalan Yang Di Pertua? Tidak pernah kerana beliau boleh tetap menyumbang walaupun tidak memegang jawatan Timbalan Presiden atau Presiden….Sekarang?? …….ala ustaz jangan kita Hj Hadi…dia kuat masa tu…pangaruh dia kuat….arus tu pun bukan dia bentuk…..orang lain ada jugak…..Dah kalau kita sedar kita tak kuat kenapa nok ‘tebeng’…. Dah kita tahu pengaruh kita kurang….tunggu la dulu…..walau pun dia bukan membentuk arus tersebut….tapi dia penyumbang terkuat dalam menggelorakan arus tersebut….kita? arus apa yang kita bentuk…..gelora apa yang kita kuatkan…arus ulama tak leh jadi pemimpin…gelora bukan individu ulama’ yang kita pertahankan tapi intitusi ulama’
Sebenarnya tidak sayugia saya menulis demikian..cuba untuk menyanggah kepimpinan…..orang yang melukut di tepi gantang cuba untuk mentakwilkan beras siam wangi yang ada dalam cupak… tidak munasabah walaubagaimanapun tanpa yang melukut ini orang tak akan tahu bahawa yang dalam gantang itu adalah beras siam kerana dengan yang melukut inilah orang boleh melakukan perbezaan…..oooo yang ni melukut je…yang tu baru beras….
07 Mei 2009
Rakyat!!! Berfikir lah-Malaysiakini

Melihat kepada senario yang sedang berlaku di Perak pada hari ini, banyak perkara yang menjadi persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di negeri mana pun mereka berada, persoalannya apakah negara kita ini benar-benar di perintah oleh orang yang jujur, jujur dengan semua perkara bermula dengan pengagihan buku teks di sekolah, pembahagian baja di kampung-kampung sehingga kepada pengagihan kuasa di peringkat tertinggi, mungkin kalau cerita tak adil bahagi baja pun kalau sampai ke negara-negara luar yang lain mereka boleh ketawakan kita…inikan pun macamana kalau mereka tahu bagaimana cerita hari ini…bermula dari kononya menteri besar sehingga yang bergelar Duli Yang Maha Mulia.
Tulisan ini bukan sekali mahu menghina institusi di Raja, akan tetapi tulisan ini mahu mengajak keseluruhan rakyat Malaysia dari yang merempat di tepi-tepi jalan sehingga yang sedang bersemayam di Istana-istana, persoalan sekarang ini ialah jujurkah kita, kejujuran adalah perkara yang datang dari hati, tiada siapa di dalam dunia ini yang tahu samada seseorang itu ikhlas atau pun tidak, walaubagaimanapun ia dapat di nilai samada dengan perbuatan, sikap dan pertuturan kita, walaupun kekadang lihat menyatakan bahawa kita ini jujur akan tetapi bukan bermakna bahawa kejujuran itu benar-benar wujud dan ada. Walaubagaimanapun kejujuran itu wajib di tunjukkan bagi menafikan segala kepalsuan yang lain.
Hari ini kita bertanya adakah pemerintah hari ini jujur? Walaupun pasti ada orang yang menyatakan bahawa dia sudah tahu setakat mana jujurnya pemerintah ini lebih dari 50 tahun yang lalu, namun hari ini teringin sangat untuk saya nukilkan semula persoalan ini. Setelah lebih 50 tahun BN memerintah negara ini adakah mereka jujur dengan rakyat yang memberi mandat kepada, atau mereka hanya bercakap bahawa mereka jujur tapi sebenarnya mereka telah mengkhianati rakyat.
Kita tak mahu berbicara tentang pengkhianatan mereka ketika membahagikan baja, atau ketika mereka membahagikan beruk subsidi, atau ketika dalam mesyuarat JK Penimbaang Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sudah pasti dan telah terbukti pasti bahawa mereka telah tidak jujur dengan tugasan mereka itu….itu cerita la…cerita yang sudah lali dan sudah ‘cemuh’ untuk di cerita dan untuk di dengar ceritanya…kerana ketidak jujuran BN dalamperkara itu sudah bertradisi sejak berdekad-dekad lamanya. Apa yang kita nak bicarakan pada hari ini ialah…Kejujuran pemerintah sekarang ini dengan undang-undang dan peraturan yang mereka sanjung dan mereka gubal? Bukan kejujuran dengan rakyat….biarkan lah kisah mereka dengan rakyat.
UBN adalah pemerintah Tanah Melayu sehingga ke Malaya, kesemua peraturan yang di buat di negara ini adalah rekaan dan ciptaan mereka, kecuali beberapa enakmen di Kelantan dan Terengganu yang di buat oleh PAS, yang lain semua di buat oleh UBN…tiba-tiba hari ini kita melihat mereka telah gagal jujur dengan peraturan dan undang-undang yang mereka cipta dan reka ini, akibat dari itu mereka telah turut mengheret sama orang lain supaya tidak jujur,
Polis! Di tengah-tengah rakyat di riuhkan dengan kematian 2 orang yang mengandung akibat perbuatan ragut dan juga di gemparkan dengan berbagai kes-kes jenayah, amuk, rogol lacur dan segala perkara yang tidak pernah tergambar oleh kita, Di sebalik Sharlini yang belum di jumpai…tiba-tiba polis cukup anggota untuk mengepung Bangunan DUN Perak, cukup anggota untuk mengepung kawansan 500 meter dari Bangunan Dun, cukup anggota untuk mengheret YB Sivakumar secara paksa dan kekerasan dari kerusinya sebagai Speaker…..apa benda ni….rakyat di belenggu ketakukan, ibu bapa jadi bimbang jika terlewat 15 minit untuk ambil anak di sekolah, rumah-rumah yang telah di bungkus dengan Besi pun tidak terjamin selamat dari penecerohan dan rompakan..tiba-tiba bila ada hal yang berkaitan dengan mempertahankan BN tiba-tiba polis jadi cukup, bila nak tangkap pimpinan PAS polis jadi cukup, sanggup belanjakan belasan juta RM untuk pertahankan BN…..lepas tu keluarkan kenyataan berhelah untuk membohongi rakyat seperti di Batang Ai tentang kejujuran polis…..dah la, cukup la…saya bukan cakap kepada Ketua Polis Negara, Bukan kepada OCPD-OCPD atau Ketua-ketua Polis Negeri, saya cakap ni kepada Konstable- Konstable, Kopral-kopral, Sarjan-sarjan….sampai bila kita akan macam ni, makan duit rakyat untuk memukul rakyat, menangkap rakyat….dan Menzalimi rakyat.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku! Ampun Tuanku Beribu ampun.
Bukan tujuan patik untuk mengajar tuanku, jauh sekali untuk menghina tuanku, tapi patik harap tuanku sedar bahawa kadang-kadang sayup-sayup patik sudah terdengar rakyat berkata ..apa la Bodoh punya raja, apa la raja ni sekolah ke tak, celaka punya raj, betap sedihnya patik bila terdengar perkara demikian, bila patik dekati semuanya membisu, tapi sudah ada rakyat yang berani berkata demikian kepada raja mereka, adakah mereka menderhaka?! Atau tuanku yang tidak hormati hak mereka, jika cerita di Perak sebagai contoh dan tauladan…mengapa Tuanku Sultan Perak tidak boleh jujur kepada rakyat Perak, mengapa tidak boleh berlaku adil kepada semua rakyat..kenapa hanya adil kepada BN? Adakah tuanku mahu hanya BN sebagai rakyat tuanku? Sedangkan tuanku tahu bagaimana BN lakukan kepada Tuanku pada 1993 dahulu.
Kejadian di DUN Perak pada hari ini menyerlahkan lagi ketidak adilan Tuanku Sultan Perak, kenapa Tuanku tidak cuba untuk menyelesaikan Krisis tersebut dari waktu pagi lagi, mengapa tunggu selepas Speaker V Sivakumar di seret macam anjing oleh polis baru Tuanku nak masuk ke dalam Dun, kalau tuanku memang berniat mahu membela BN sahaja…patik cadangkan tuanku turun tahta, sinsing lengan bertanding dalam Pilihanraya, jadi calon BN, tuanku boleh ajak sesiapa sahaja di Perak untuk cabar Tuanku dalam pilihanraya, Tuanku Boleh cabar Nizar, Ngeh, atau Sivakumar, amat tidak aci jika sekiranya tuanku berselindung di sebalik tahta kemudian bertindak tidak adil kepada ADUN PR atas nama TAHTA,
Ampun Tuanku Beribu ampun.
Rakyat sekarang sudah jarang berjiwa Hang Tuah, tapi amat ramai sekarang yang berjiwa Hang Jebat, “Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sangggah” itu kata Dato’ Laksamana Hang Jebat, itu la sekarang yang sedang membara di dada-dada rakyat, patik bimbang jika bara itu mencetuskan gunung berapi , masa itu tiada siapa lagi yang dapat menghalang, sudah acapkan perkara ini di sebut oleh rakyat, diulang oleh jelata, patik bimbang ianya akan jadi kenyataan.
Justeru itu, jujurlah!!! Jujurlah kepada Rakyat, Jujurlah kepada Peraturan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak, ingat Doa semasa khutbah kedua walaupun di aminkan oleh seluruh rakyat belum pasti dapat menyelamatkan kita dari neraka, orang yang pernah di kapankan dengan Jubah Rasulullah pun kekal di dalam neraka, inikan pula kita yang tidak jujur kepada rakyat dan peraturan yang kita buat sendiri
Ampun Tuanku Beribu ampun.
Pohon patik bubarkan Dun sebagai lambang kejujuran tuanku terhadap rakyat dan undang-undang.
UMNO/BN!! Kamu rasa kamu sudah menang hari ini?!! Kalau rasa PR sudah tewas hari ini?!! Aku cadang malam ini kamu keluar berjumpa rakyat dengar apa rakyat kata, bukan rakyat itu kontraktor-kontraktor yang sentiasa menjelirkan lidah mereka di depan kamu, bukan ketua-ketua cawangan UMNO yang macam kerang busuk setiap kali kamu berjumpa, tapi rakyat sebenar di bawah, kamu boleh jumpa mereka di kedai-kedai kopi berkecuali, cikgu-cikgu, pegawai-pegawai….suri-suri rumah…tidak aku jumpa manusia yang paling busuk dan jahat di atas muka bumi ini, selain dari pemimpin UMNO..Demi Allah Aku doakan Kecelakaan bagi mereka selama-lamanya.
30 April 2009
Bukan Bodoh Lagi..dah Sasau

Apabila saya paste catatan kedua Ust Nik Abduh ke dalam blog ini, tiba-tiba lepas 2 jam saya terima sms dari Ust Din Tantawi, dia cakap “kalau nak jadi blogger copy paste baik tak payah jadi”, oklah, saya pun dah lama tak menulis, hambatan masa yang tidak mengizinkan, dari PRK Kuala Terengganu, kekalutan Isu Perak, PRK Bukit Gantang dan baru selesai Mesyuarat Agung Kawasan, kecuali isu Perak semuanya memerlukan tumpuan 200%, mungkin sekarang ni baru ada peluang untuk membuat sedikit catatan
Sebenarnya saya tidak mempunyai hak untuk mencampuri pembelaan seorang anak terhadap ayahnya, apabila kita melihat ayah kita cuba di pergunakan, sementelah lagi kita mengetahui sifat ayah kita yang selalu husnuzan kepada orang sekeliling kita pastinya rasa membuak-buak untuk membela ayah kita semakin kuat, Ust Nik Abduh telah melakukan apa yang sepatutnya di lakukan oleh beliau sebagai seorang anak, yang pasti apa yang di perkatakan ini pastinya tiada sebarang kepentingan kecuali kepentingannya sebagai seorang anak, hubungan beliau dengan TGNA sebagai seorang anak pastinya melebihi daripada hubungan politik bahkan dari segala hubungan, Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah mereka yang cuba membela diri, cuba untuk mentakwilkan pembelaan anak kepada bapanya, apa hak anda untuk mentakwilkan ini, sehingga menseranah Ust Nik Abduh dengan macam-macam, pasti ada kepentingan….kepentingan apa tu…pasti orang yang sekarang ini terlompat-lompat kepanasan tahu… tapi yang peliknya…Ust Nik Abduh hanya cakap pembantu ayahnya di Kelantan je, dari Driver ayahnya sehingga ke TMB Ust Ahmad Yaakob, termasuk di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dan Kota Darul Naim….tapi yang hairannya yang duk di Shah Alam yang terlompat, yang dok di Perak pun terlompat….dan yang lebih dahsyat lagi yang duduk di Dubai (kalau tak salah) pun ikut terlompat…kenapa begitu sekali?!! Apa masalah anda…Ust Nik Abduh cakap pembantu-pembantu ayahnya di Kelantan…sepatutnya orang Kelantan je yang tampil….yang merasakan diri mereka sebagai pembantu TGNA yang memberikan maklumat yang silap sehingga anak kepada TGNA melenting kerana mempergunakan ayahnya..tapi yang kat Kelantan ni senyap je…mungkin betul dan tepat tembakan Ust Nik Abduh tu.
Saya mengenali Ust Nik Abduh secara peribadi….mungkin beliau tidak lagi mengenali saya…tak kisah pun perkara tu, tetapi sepanjang pengenalan saya dengan beliau, beliau macam ayahnya juga selalu husnuzan, saya pernah ke Iskandariah, hatta ke Jabal Musa di St Catherine dengan beliau, kalau nak kata anak butir TGNA pun saya boleh perakui, kalau di bimbang dengan sifat husnuzan ayahnya sehingga ada orang keliling boleh mengambil kesempatan, maka saya pun pada masa itu berasa demikian, bimbang yang baik itu takut orang mengambil kesempatan darinya. Dengan sifatnya yang demikian tiba-tiba dia meletup dengan satu tulisan yang menggegarkan banyak orang, gegaran yang mungkin boleh sebabkan tahta yang sedang di duduki sekarang ini akan runtuh, dan juak-juak yang sedang menjunjung tahta itu akan turut sama runtuh. Kalau kita tengok filem Lord Of The Ring dalam episod Return Of The King, apabila Tower Sauron runtuh maka segala orcs dan segala penjahat yang bernaung di bawah Tower itu turut hancur walaupun mereka berada di mana sahaja, itu mungkin yang di bimbangkan oleh mereka-mereka yang berada di Shah Alam, Perak and Dubai atau di mana-mana sahaja, mereka pun akan turut runtuh sama.
Bila kita membaca catatan Ust Nik Abduh, Kerja-kerja bodoh dalam PAS 1&2 jelas kepada kita bahawa pola perbicaraan hanyanya berkisar tentang ketidak puasan hatinya terhadap mereka yang ada di keliling TGNA, di sebabkan beberapa perkara yang beliau telah sebut dan jelaskan, sepatutnya mereka yang tidak puas hati dengan penyataan ini mendesak supaya mereka yang telah melakukan perkara ini tampil dan memerikan keterangan bukan membebel dan menista Ustaz Nik Abduh, sehingga cuba ungkit kepada pembantu-pembantu Presiden pulak yang di sebut bodoh ada, gila pun ada… tak apa, kalau kalau betul pembantu-pembantu Presiden tak betul, bodoh dan gila tentu Ust Mohd Khalil bin Abd Hadi atau menantu presiden di Ustaz Zaharuddin Mohammad tidak akan berdiam diri, thiqah ana kepada kedua-dua ini, Ust Khalil dan Ust Zaharuddin sama thiqah saya kepada Ustaz Nik Abduh, keilmuan mereka, akhlak mereka, tok leh nok te’.
Saya bukan nak berhujjah tentang unity Government, sebab Ust Nik Abduh pun cakap bukan tujuan dia membuat catatan gempar ini, Cuma dia sebagai anak tidak berpuas hati dengan segelintir penasihat ayahnya yang melakukan kerja tak betul…..walau bagaimanapun amat malang apabila ada orang cakap Ust Nik Abduh tak faham ayah dia?!!!! Hooooiiiii kita bukan berbicara tentang Ust Nik Abduh yang umur 5 atau 10 tahun yang kadang-kadang lebih baik kita suruh dari kita larang…tapi yang kita bicarakan ini ialah Ust Nik Abduh yang umurnya sudah 30an, yang telah belajar dari India ke Pakistan dan ke Mesir.. janganlah kita rasakan bahawa kita lebih faham dan reti bahasa TGNA dari Ust Nik Abduh, jangan kita rasa kita lebih tahu perangai TGNA walaupun kita setiausaha dia ke atau Exco kanan dia ke dari Ust Nik Abduh dan adik beradik dia….cakap kita tu kena tapis jugak..jangan la melampau sangat…
Akhir sekali……apa yang kita mahu…mereka yang di sebut oleh Ust Nik Abduh dalam tulisan nya tu sila tampil kenapa dia buat cam tu….bagi yang duduk jauh dan bukan dari golongan yang di nyatakan oleh ust Nik Abduh tak payah nak ber’mee goreng’ di sini…mujur Ust Nik Abduh beri gelaran Mee Celup (sebab itulah hakikatnya, Imam syafie pernah berkata antara syarat menuntut ilmu agama ini ‘masa yang panjang’) dah kira bagus la tu…boleh jugak di makan dan laku jugak di jual.
28 April 2009
kerja - kerja bodoh dalam pas (2)- Ust Nik Abduh

Salam Kamunting,
1)
Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.
Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.
Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.
Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.
Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.
Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.
Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.
Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.
Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.
Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.
Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!
Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.
Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.
AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.
Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.
Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.
Sekarang masanya saya menjelaskan..
2)
Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?
Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.
Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.
Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.
Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.
Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.
Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.
Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.
Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.
3)
Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.
Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!
Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.
4)
Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.
Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.
Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.
Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.
Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.
Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.
Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.
Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.
5)
Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.
Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.
Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.
Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.
Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?
Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?
Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.
Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.
Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.
24 April 2009
kerja-kerja bodoh dalam PAS oleh Us Nik Abduh
Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!
22 April 2009
Pemilihan oh Pemilihan
Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.
Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.
Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.
Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.
Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.
Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.
Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.
Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat. Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.
Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.
Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu. Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.
Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan. Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.
Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.
Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.
Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.
PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.
Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.
Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.
Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.
Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.
Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak
Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.
19 April 2009
Baca biar sampai faham, bukan baca untuk pura-pura tak faham

UMNO terkedu dengan cadangan Tuan Guru Haji Hadi, berhubung dengan pembentukan kerajaan campuran di negara ini.
Pada asasnya pembentukan "Kerajaan Campuran" ini adalah,
"Kerajaan campuran ini bukan bermaksud PAS atau pembangkang masuk BN, atau sebaliknya, tetapi pembangkang turut diberi ruang dalam pentadbiran bersama-sama menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik dalam negara".
Perkara ini telah lama dibangkitkan oleh pimpinan PAS terdahulu, bukan benda baru lagi di dalam PAS ini.
Bagi saya cadangan ini amat-amat bijak sekali, dikala Malaysia dirundum kejatuhan ekonomi terutamanya dan keadaan politik yang cukup kacau bilau khususnya apa yang telah terjadi di Perak.
PAS sudah biasa dengan 'tahaluf Siasi' iaitu bekerjasama dengan mana-mana kumpulan di atas satu-satu tujuan. PAS walaupun berseorangan tetap akan meneruskan agenda parti tanpa bergabung dengan mana-mana parti lain.
Dan di ingatkan 'tahaluf siasi' yang diamalkan oleh PAS ialah 'tahaluf siasi' yang longgar. Ia tidak terikat dengan mana-mana parti sekalipun mahupun Pakatan Rakyat.
Ahli PAS sudah imun dengan 'tahaluf siasi', cuma, 'orang' yang baru berjinak-jinak mengenali PAS sahaja akan melenting apabila terdengar perkataan "kerjasama dengan Barisan Nasional".
Maksud ayat ini,
"Kerajaan campuran ini bukan bermaksud PAS atau pembangkang masuk BN, atau sebaliknya, tetapi pembangkang turut diberi ruang dalam pentadbiran bersama-sama menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik dalam negara"
Tidak menandakan akan terhentinya kerja-kerja kita dalam memastikan BN terkubur! Kita akan terus menentang BN sekiranya BN terus menzalimi.
Jika anda mempersoal dan menentang hal ini. Sila belajar dahulu, apa itu "Kerajaan Campuran" dan belajar juga, bagaimana ia beroperasi.
Apakah ia salah, jika itu jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik dalam negara?
Duduk semeja, tiada lagi pembangkang di dalam Malaysia. Semua parti mempunyai hak untuk bersuara. Saya yakin, ia mampu membentuk satu Kerajaan Malaysia yang seimbang. Dan, nasib rakyat semakin terbela. Dan, kegiatan jahat Barisan Nasional dapat dibendung.
Tak mahukah?
Barisan Nasional tidak mungkin akan menyokong "Kerajaan Campuran" ini.
Tak begitu UMNO?
Terbentuk Kerajaan Campuran maka tersingkaplah hijab penjenayah-penjenayah peringkat atasan, sama ada pegawai tinggi mahupun menteri dapat didedahkan. Ia tidak akan jadi sebagaimana dengan sekarang. Hanya anjing hitam sahaja ke mahkamah, penjenayah sebenar akan terselamat.
Hal Altantuya? Saya jamin ia akan berlaku adil.
Ahhh! Barisan Nasional pasti tidak akan bersetuju pembentukan "Kerajaan Campuran" ini!
Ada komentar yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan sekarang,
Quote,
Ummidinni said...
Abih tu? Apasal ada pemimpin PAS yang asyik cakap nak bentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO kalau dah tahu deme musuh? Ngapa begitu naif?
Perjuangan Islam PAS akan jadi retorik je jika bersekongkol dengan UMNO yang terang2 menolak hukum hudud. Teman sokong Tuan Guru Nik Aziz 1001%
End Quote.
Itu Kerajaan Perpaduan, ini "Kerajaan Campuran" ia berbeza dari segi makna, serta tafsirannya.
Apabila semua bersuara dalam "Kerajaan Campuran" masing-masing ada hak untuk mengutarakan pandangan, saya yakin, hukum hudud akan dapat dijalankan. Sekarang ini, PAS belum diberi peluang untuk memberi keterangan akan hal hudud yang ingin dijalankan. Dengan adanya peluang ini, saya pasti rakyat akan bersetuju dengan hukuman hudud tersebut.
Hal Tuan Guru Nik Aziz tidak bersetuju? Itu hal peribadinya.
Begitu juga dengan Tuan Guru Haji Hadi, itu cadangan peribadinya. PKR dan DAP,masing-masing boleh menilainya sama ada suka atau tidak.
Anda tentu bukan ahli PAS, jika ahli PAS, tentu anda tahu bahawa muktamar PAS semakin hampir. Inilah tajuk yang bakal panaskan muktamar tersebut.
Anda tahu?
Kami orang PAS tidak pernah memuja pemimpin sebagaimana Barisan Nasional memuja pemimpin mereka. Taat pemimpin mereka seperti anjing yang menjilat-jilat.
Kami hanya taat akan keputusan parti. Bila keputusan parti itu akan keluar? Muktamar nanti akan ada jawapannya.
Pemimpin kami tidak akan menjalankan sebarang perubahan dasar selagi mana ia tidak dibincangkan secara tuntas di dalam muktamar.
Betul tak?
Apa yang pasti, UMNO tidak sesekali akan bersetuju mengenai "Kerajaan Campuran" ini. Kerana ia seperti masuk ke dalam mesin basuh, yang di dalamnya penuh sabun. Dan, akan membersihkan segala kekotoran.
Jika membuat pembersihan pada UMNO, hanya sedikit sahaja tinggal kesucian, yang lainnya adalah kekotoran. Maka, tidak akan ada ramai ahli UMNO yang terselamat dalam pembersihan tersebut.
Betul tak UMNO CELAKA? Berani ke nak sertai "Kerajaan Campuran"?
Mapuh UMNO!
18 April 2009
Budaya Serigala

Minta maaf kepada semua para sahabat yang di hormati....bukannya tidak berminat lagii untuk menulis, tetapi hambatan masa yang amat terbatas.. lantaran tugasan yang mendatang lebih dari biasa, PRK Kuala Terengganu..kemudian berlaku krisis di Perak, kemudian PRK Bukit Gantang..lepas ni Mesyuarat Agung Kawasan..kalau di kerah ke Penanti..maka ke Penanti lah kita.
Walaupun tidak menulis tetapi tetap mengikuti perkembangan para sahabat blogger-blogger, walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini, saya pun hairan dengan perangai serigala (nak kata anjing takut kasar sangat..walaupun itu yang paling sesuai) sahabat-sahabat blogger, mereka ini apabila bertemu dengan UMNO..mereka serang habis-habisan.. sehingga kojol UMNO di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau...macam serigala serang seladang, tapi bila saja seladang itu mati merek mula gigit kaki dan ekor kawan sendiri lebih malang gigit kaki pemimpin sendiri. cuba lihat (1), (2) ,(3), (4) dan mungkin banyak lagi blog-blog sahabat yang ada perangi serigala begini...bukan untuk menyekat kebebasan bersuara atau atau..cuma saya terfikir apa yang mereka kehendaki? seronok dengan krisis, rasa megah bila kita boleh hidupkan krisis di kalangan ahli PAS? atau apa? atau mungkin mereka-mereka ini tahi-tahi UMNO..sebagai contoh Tulang Besi..dari dulu asyik sebut Ust Nasa Fraksi UMNO...kalau nak ikut kebiasaan hanya orang gila yang kata orang lain gila...sebab kalau betul Ust Nasa nak sangat pergi Putrajaya, dengan kebolehan, Kelulusan dan kedudukan dia sekarang ni tak payah la dia dok heret PAS, kalau dia sorang pergi pun rasanya dia akan dapat kedudukan di Putrajaya!!.. tapi kenapa tidak?!!, saya rasa sahabat bloger ini tak payah berkias-kias la...sebut je puak mana? kemudian kena la adil dalam membuat pertimbangan, jangan ikut rasa nafsu je....jangan dok asyik ulang muqabalah dengan UMNO yang di sertai Oleh Ust nasa, Cikgu Pa dan Khalid Samad yang di report dan dilaporkan dalam Mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat walaupun selepas pertemuan tersebut, tiba-tiba kita sembunyikan pertemuan Husam musa dengan Khairi jamaluddin selepas pilihanraya 2004 yang tidak pernah samada sebelum atau selepas di laporkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Jangan dok cuba mengapi-apikan idea Presiden tentang Kerajaan Perpaduan, walaupun konsep ini di terima oleh Hamas dan Fatah, yang mana Hamas pun tahu bahawa Fatah itu talibarut yahudi..tetapi masih menerima Kerajaan Perpaduan dengan Fatah, tiba-tiba kita sembunyikan siapa yang mendesak Pesuruhjaya PAS Kelantan supaya menerima Ibrahim Ali menjadi calon lambang PAS di Pasir Mas, sepatutnya orang yang bertanggungjawab melobi TGNA supaya memberikan kebenaran Ibrahim Ali bertanding diatas lambang PAS...ada sesiapa yang mentakwilkan strategi bodoh dan bengong ini...seluruh kepimpinan PAS Kawasan Pasir Mas menentang, hampir seluruh BPP negeri Kelantan menentang, tapi TGNA berikan jugak sebab lobi Hj Husam...kenapa tak bincangkan perkara ini.
Orang cakap soal Ibrahim Ali tu soal kecil...kecil apa..sehingga sekarang ini Ibrahim Ali sudah pandai kencing atas muka kita...benda tak pernah di buat oleh orang, atas dakwaan strategi maka di desaknya TGNA..sekarang apa jadi...kenapa Hj Husam tidak bersuara dalam perkara ini..cakap la biar ahli PAS semuanya dengar.
Saya bukan tak setuju dengan keputusan PAS Bukit Bintang...kebebasan bersuara terjamin dalam PAS, pun bukan tak setuju dengan TGNA sebagai Presiden, TGNA tak merokok, dan amat bertepatan dengan ciri-ciri yang di gariskan oleh beliau itu, tapi saya nak tahu dari adakah cadangan ini di buat atas pertimbangan yang waras atau pun tidak? semua tahu yang TGNA selalu keuzuran, ketidak hadiran berliau dalam kebanyak mesyuarat Majlis Syura pun sudah di ketahui umum, jadi apakah cadangan ini ada kewajaran dan adil kepada TGNA..atau Bukit Bintang mahu mempermainkan TGNA, kalau itu niatnya terima la padahnya.
ok la malam sudah larut banyak keje Mesyuarat Agung tak selesai lagi....jom kita minum kopi dulu
25 Mac 2009
UMNO dah mengaku salah guna kuasa...macamana SPRM
Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat - termasuk tokoh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan Pemuda Umno hari ini.
Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara.
"Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini.
"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.
Tambahnya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha bersungguh-sungguh menumbangkan Anwar dalam pilihanraya kecil Ogos lalu tetapi belum berjaya.
Exco Pemuda, Abdullah Md Yusof pula berkata, sejarah sesebuah parti berpunca daripada pengkhianat dalam parti itu sendiri.
Menyifatkan Anwar dahulu sebagai "budak Umno", Abdullah menambah, Umno perlu mensasarkan ketua umum PKR itu sebagai "musuh pertama yang perlu dihadapi".
Kit Siang, Karpal dikecam
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim pula, mempertikaikan tindakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang yang dilaporkan berkata "Umno gila" dalam Parlimen tadi.
Beliau juga menyelar kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwanya menuduh Pemuda Umno terlibat menghantar peluru kepadanya sebagai tanda ugutan.
"Kalau Karpal Sigh, tak payah hantar peluru, tolak pun boleh (jika mahu)," katanya.
Menteri Besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang memohon "sumpah derhaka" kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah juga menjadi sasaran kritikan Azimi.
"Ada orang Melayu berjuang atas tiket parti Islam. Bercakap dan melaungkan slogan hebat, boleh (pula) waktu pagi sembah setia, (waktu) petang sembah derhaka," tegasnya.
Pembahas Johor, Rohazam Shah Ahmad pula berkata kemenangan besar Pakatan dalam pilihanraya umum lalu mendorong mereka lebih berani, kurang ajar dan menyentuh sensitiviti orang Melayu.
Katanya, elemen penting bagi orang Melayu iaitu Islam, bahasa dan kebudayaan Melayu telah dipertikai pakatan pembangkang itu.
Ulasan
Berita yang di siarkan oleh Malaysiakini pada hari ini
Selama ini kita hanya mengetahui secara agakan dan walaupun ada bukti tetapi samar-samar...tapi hari ini telah jelas...bagaimana UMNO telah mengaku menguasai badan kehakiman di negara ni.. kalau di mengaku silap bebaskan Anwar...maka pastinya UMNO la juga yang menyumbat Anwar ke dalam penjara....
Kalau orang-orang yang ada pendidikan dan buta huruf masih belum sedar lagi tak tahu la aku.... Maknanya Hakim-hakim yang membicakan Anwar samada ketika memasukan Anwar ke dalam penjara atau mengeluarkan Anwar dari penjara hanyalah pembaca skrip yang telah siap di tulis oleh UMNO.
20 Februari 2009
Mufti Wilayah di minta ikhlas-Malaysiakini
.jpg)
Membaca kenyataan yang di keluarkan oleh mufti wilayah persekutuan di dalam berita harian pada hari ini amat mengejutkan, seolah-olah apa yang saya pelajari selama ini tidak berul dan tidak bertepatan dengan ajran Islam, segala kita tafsir yang pernha di telaah bersama sahabat-sahabat dan berguru di Al Azhar seperti tidak ada faedah dan tidak perlu di rujuk. Bermula dengan kenyataan beliau di dalam Mstar kelmarin kemudian tersebar secara umum di dalam berita hari pada hari ini merupakan kenyataan yang boleh di takwilkan keikhlasannya, bukan saya mahu memperlekehkan atau mentakwilkan ilmu yang di miliki oleh Mufti Wilayah akan tetapi, aspek keikhlasan perlu di perhalusi agar kenyataan yang melibatkan agama ini tidak sepatutnya di pengaruhi oleh sentimen makan gaji atau cari makan.
Saya nukilkan kenyataan beliau dalam Mstar
Mufti: Menderhaka kepada pemerintah satu dosa besar KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat." Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan. Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.BERNAMA
Kemudian di dalam berita harian hari ini
Ummah wajib mentaati pemerintah Bersama Wan Zahidi Wan The IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy, seorang ulama syafi'e terkemuka menyebut dalam kitabnya Al-Zawajir 'An Iqtiraf Al-Kabaair bahawa menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar. Beliau menyebut beberapa dalil, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Tiga golongan Allah tidak berkata-kata dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersihkan dosa mereka dan mereka akan menerima azab yang pedih." Diriwayatkan lagi yang bermaksud: "Seorang yang mengaku setia kepada seorang pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan; jika diberi, ia tunaikan kesetiaannya, tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka." Imam Ibnu Hajar juga memetik perkataan Saidina Ali yang bermaksud: "Dosa besar itu ialah mensyirikkan Allah, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada dua ibu bapa dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah." Perhatikan bagaimana menderhaka kepada pemerintah diletakkan sama dengan dosa besar yang utama seperti syirik, membunuh, derhaka kepada ibu bapa, makan riba dan seterusnya. Apa yang disebut Ibnu Hajar ini adalah pendapat yang ijmak di kalangan ulama, seperti dinyatakan Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari: "Sesungguhnya fuqaha sudah sependapat mengatakan wajib taat kepada sultan yang memerintah dan berjihad bersamanya " Ijmak ulama itu bersandarkan dalil al-Quran dan sunnah seperti berikut: Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59) Imam al-Mawardi sewaktu mengulas ayat ini menyatakan, melalui ayat ini Allah mewajibkan kita taat kepada ulil amri, iaitu pemimpin negara yang memerintah kita. (Al-Ahkam al-Sultaniyah) Selain daripada itu ada hadis yang banyak menjelaskan kewajipan ini. Antaranya, hadis sahih riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Thabarani yang meletakkan ketaatan kepada pemerintah setara dengan rukun Islam. Ketika berkhutbah pada Haji Wida', Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada Ramadan, keluarkan zakat harta dengan suci hatimu, dan taatilah pemerintah kamu; maka dengan itu kamu akan memasuki syurga Tuhanmu." Perhatikan bagaimana kemasukan ke syurga diikat juga dengan mentaati pemerintah di samping menunaikan rukun Islam. Berpandukan nas yang ada dalam al-Quran dan sunnah, Imam Abu Bakar Al-Turtusyi dalam kitabnya Siraj Al-Muluk merumuskan: "Orang yang keluar daripada garis ketaatan akan terputus perlindungan Allah, terlepas daripada jaminan-Nya, serta menukar nikmat dengan kufur (nikmat). Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agama-Nya yang lurus, perisai-Nya yang melindungi dan pemeliharaan-Nya yang tinggi." Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat." Dengan demikian, adalah jelas bahawa kenyataan dibuat oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan mentaati titah Sultan Perak adalah benar dan mengikut hukum syarak seperti yang disepakati ulama berasaskan dalil daripada al-Quran dan sunnah Penulis ialah Mufti Wilayah Persekutuan
Sengaja saya membawa tulisan ini agar semua kita akan mendapat penjelasan dan jika terdapat kesalahan terutama dari pihak saya , maka ianya dapat di perbetulkan. Begitu juga ianya bukan bertujuan untuk menderhaka kepada mana-mana raja di dalam duni dan bukan juga untuk mentaati secara membabi buta.
Sohibussamahah telah membawa beberapa pandangan para ulama tentang ketidak wajaran menderhaka kepada pemerintah,
1. IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy
2. Ibnu Hajar Al-Asqalani
3. Abu Bakar Al-Turtusyi
4. Imam al-Mawardi
Dan beliau telah menyandarkan hujjah-hujjah para ulama ini dengan Sepotong ayat suci Al Quran dalam surah An Nisa’ ayat ke 59 iaitu yang bermaksud
"Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59)
Kita semua tidak menafikan bagaimana muktabarnya ulama’ yang di sebutkan di atas, tetapi apa yang kita perkatakan ialah bagaimana keikhlasan mufti menaqalkan pandangan-pandangan ini, adakah beliau menaqalkan secara keseluruhan perbahasan atau hanya mengambil apa yang selari dengan pandangan dan pedapat beliau sahaja.
Oleh kerana sandaran kepada hujjah ini ialah daripada ayat 59 Surah Annisa’..maka apa salahnya jika kita juga melihat kepada kitab-kitab tafsir yang juga muktabar dan juga masyhur serta thiqah, hampir semua ulama mufassirin apabila membicarakan ayat ini akan mengkaitkan ketaatan kepada pemerintah itu dengan ketaatan kepada Allah dan rasul dalam erti kata ketaatan kepada pemerintah hanya wajib apabila pemerintah itu taat kepada Allah sebagaimana hadis dari Ibn Umar R.A. Sabda Rasulullah saw
“Dengar dan taat oleh sesorang muslim dalam apa yang dia benci dan dia suka selagi mana tidak di perintahkan supaya melakukan maksiat, maka apabila diperintah supaya melakukan maksiat maka tidak perlu dengar dan tidak perlu taat
Maka di bahaskan pulak bahawa Raja Perak tidak memerintah kepada perkara maksiat!...tetapi kita semua tahu bahawa titak tuanku pada hari itu berlawanan dengan Undang-undang tubuh Negeri Perak sendiri dan bertentangan dengan prinsip Al Adaalah yang di nyatakan di dalam ayat Quran Surah Annisa’ ayat 58.
Yang menghairankan kita adakah mufti Wilayah tidak merujuk kepada kitab-kitab tafsir dalam menerangkan tentang ayat ini. Saya tidak mahu menyenaraikan semua kitab-kitab tafsir tersebut, akan tetapi secara jelas dan nyata KESEMUA KITAB-KITAB TAFSIR menetapkan bahawa ketaatan kepada Pemerintah itu mestilah sejauh mana pemerintah itu taat kepada Allah. Jadi pohon saya agar mufti dapat ikhlas dalam menaqalkan kata-kata para ulama’ tersebut.
Mufti juga ada menyebut sepotong hadis
Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat."
Sebelum kita mengulas tentang hadis ini, suka saya bawakkan nas asal hadis ini
Kenapa Mufti menterjemahkan perkataan سُلْطَانِ اللهِ dengan perkataan sultan sahaja sedangkan dalam nas arab perkataan sultan itu di sandarkan kepada Allah, yang membawa maksud taat dan patuh kepada Allah, bukan dalam masalah sembahyang sahaja tetapi dalam semua aspek..kalau nak bahas panjang hari ni.
Kedua;
Hadis ini hanya di riwayatkan oleh seorang sahaja… iaitu Huzaifah, tidak terdapat dalam mana-mana kitab lain..bukan itu sahaja tidak terdapat hadis ini di riwayatkan dengan turuk atau jalan sanad yang lain..dalam erti kata hadis ini adalah hadis Gharib Mutlaq kerana sanadnya secara penuh Gharib.
Bahkan salah seorang periwayat hadis ini iaitu كَثِيرُ بْنُ أَبِي كَثِيرٍ bukan merupakan seorang yang sahih dan nama beliau tidak terdapat sebagai perawi dalam mana-mana kitab-kitab sahih dan Al Tirmizi pernah di kritik kerana mengambil hadis yang di riwayatkan oleh beliau, walaupun dia seorang yang thiqah…namun beliau tidak termasuk dalam golongan yang sahih.
Ketiga
Walaupun ada hadis Gharib itu sahih..tetapi kekuatan hadis ini dipertikaikan kerana salah seorang perawinya itu bukan seorang yang sahih.
Mengapa mufti menggunakan hadis yang tidak cukup kuat dalam mengemukakan hujjah sedangkan kita ada mendengar satu hadis…. Sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan sultan yang zalim- hadis Riwayat Abu Daud
Bukan kita menuduh Sultan Perak itu zalim tetapi Rasulullah membenarkan kita berkata di hadapan sultan…mungkin demontrasi itu merupakan salah satu berkata benar di hadapan sultan kerana hanya itu jalan yang ada bagi rakyat memperkatakannya di hadapan sultan!.
Kesimpulannya..kita mahu Mufti Wilayah Persekutuan berlaku ADIL ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.
Wallahua’lam
19 Februari 2009
3 bukit..Bukit Gantang Paling Menonjol- Malaysiakini

Lama tidak posting bukan bermakna tak ambil tahu lansung tentang perkembangan yang berlaku di persekitaran..akan tetapi menghayati rasa sebagai pemerhati dalam perkembangan politik tanah air pada saat ini, perkembangan 3 Bukit adalah suatu perkembangan yang amat menarik dan pastinya akan menjadi satu khazanah sejarah yang amat penting kepada negara, lantaran ianya akan menjadi hakim terhadap masa depan negara, samada negara akan terus di terajui oleh BN atau PR akan mengambil alih dalam pilihanraya umum yang akan datang/
Dalam 3 Bukit ini yang paling banyak di perkatakan ialah Bukit Gantang, bukan kerana wan empok dan wan malini turun di sini, tetapi kerana ianya terletak di negeri Perak, negeri yang menjadi kontroversi yang paling hangat dalam sejarah politik Malaysia, bagi PR ianya pasti sebagai bukti sokongan rakyat kepada Kerajaan pimpinan YAB Dato; Seri Nizar, manakala UMNO dengan penuh keyakinan bahawa mereka sekarang ini sedang menguasai keadaan dan mampu untuk mencapai kemenangan....bibit-bibit perbalahan dan perebutan untuk menjadi calon sudah membuktikan bahawa mereka yakin akan menang, walaupun tarikh penamaan calon masih lagi jauh namun Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman telah mengeluarkan kenyataan 'mengertak' pimpinan UMNO supaya memilih beliau sebagai calon di Parlimen itu dengan dakwaan beliau mendapat banyak sokongan dari akar umbi-Klik di sini- manakala seorang lagi yang begitu berminat untuk menjadi calon BN ialah Tan Sri Jins Shamsuddin yang baru sahaja mendapat anugerah Seniman Negara dan pasti akan keluar nama-nama lain yang turut berminat, skrip sama drama tajuk UMNO ini nampaknya akan di tayangkan sekali lagi..tapi kali ini pasti lebih menarik.
15 Februari 2009
PR Gadai Tanah Pada Cina....Betul Ke?...Penjelasan YAB Ir Nizar- Malaysiakini
Assalamualaikum Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua: Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga:Setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
2. 5,000 ekar di Bruas
3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
6.200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hihgway! Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.
Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).
Ulasan
Ini apa yang di dedahkan oleh YAB Nizar apa yang di buat oleh UMNO di Perak...kita tak bincang lagi di negeri-negeri lain seperti Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan negeri-negeri lain..pendek kata ini semua ialah budaya UMNO.
Semasa dahulu mereka menerima kaum lain sebagai rakyat negara ini melalui Jos Soli... dan apabila bangsa lain mencapai kejayaan macam Nicole David ke, Lee Chong We ke atau sapa sahaja mereka kata...ooo ini lah Anak Malaysia yang membanggakan...tapi apabila kerajaan berikan tanah untuk tapak rumah mereka...UMNO bising cakap gadaikan tanah kepada orang Cina.....
Aku pening dnegan UMNO mana satu betul dia ni..dah la UMNO gulung tikar la.....
13 Februari 2009
Mangkuk Hayun ni tak faham-faham ke??!!- Malaysiakini
UMNO ni selama-lamanya akan menganggap bahawa harta rakyat ni ialah harta mak bapak dia, dan dia boleh buat apa sahaja, jika cadangan UMNO Pulau Pinang di terima oleh kerajaan kita nak tengok SPRM bertindak atau tidak.. wang kerajaan adalah wang rakyat..jangan pulak UMNO perasan bahawa hanya mereka sahaja yang pandai buat pembangunan, sedangkan telah tersohor di serata alam bahaya peratusan yang di gunakan untuk kepentingan rakyat hanyalah sedikit jika hendak di bandingkan dengan apa yang bahagikan oleh mereka bermula dari pengerusi JKK, ketua cawangan, ketua bahagian, bahkan yang tukang bawak cek pun minta, jangan di kira lagi dengan dok nganga di tepi-tepi jalan.
Berita ini sepatutnya boleh menjadi kesedaran kepada RAKYAT bahawa mentiliti UMNO masih macam dulu tiada perubahan punya.... HOI UMNO kalau kau gagah, hebat, cari sendiri duit bukan ambik duit orang PR yang jugak bayar cukai untuk program UMNO...muka tak malu
12 Februari 2009
Pilihanraya Kecil Serentak-Malaysiakini

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan serentak iaitu pada 7 April depan.
Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 29 Mac.
Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil bagi kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat serangan jantung, selepas terjatuh daripada basikal yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke farmasi berdekatan Batu Gajah, Perak Isnin lalu.
11 Februari 2009
Penjelasan Kami- Malaysiakini
.jpg)
KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang.
Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat.
Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah.
Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepada rakyat melalui pilihan raya umum negeri.
Kami hanya meminta, jika pun hendak dijatuhkan sesebuah kerajaan negeri, biarlah dengan cara yang demokratik, iaitu dengan membuat undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Bukan dengan menyuruh Menteri Besar atau anggota Exco meletakkan jawatan atas alasan parti yang memerintah sudah kehilangan majoriti di dewan.
Inilah pendapat dan pendirian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang dipilih secara adil dan demokratik dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008 lepas.
Pakatan Rakyat bukan sebuah entiti yang kecil. Ia adalah suatu 'force' yang didukung oleh jutaan rakyat Malaysia, terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Kuasa rakyat ini adalah suatu kuasa yang besar, membentuk sebilangan kumpulan yang besar, sehingga berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.
Bilangan yang besar ini dibuktikan dengan, menempatkan suara mereka sebanyak 82 kerusi Parlimen dan beratus-ratus kerusi Dewan Undangan Negeri.
Suara rakyat yang besar ini juga mewakili negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Derhaka Umno Terengganu bukan PAS Perak
Justeru dalam menghadapi krisis di Perak, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak keseorangan.
Penyingkiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau, tidak dipersetujui banyak pihak dalam negara, yang tidak gembira dengan keputusan Raja.
Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja, manakala, Umno sudah tentu menyokong, kerana mereka mendapat kembali kerajaan negeri dengan cara yang amat mudah.
Apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, salahkah rakyat punyai pandangan berbeza dengan Raja?
Jika peristiwa di Perak menyebabkan kebanyakan rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja membuat kesilapan, apakah kewujudan persepsi ini menyalahi undang-undang?
Jalan mudah untuk media pengampu BN menjerat Nizar ialah dengan, menuduhnya menderhaka kepada Tuanku.
Namun Umno/BN jangan lupa, 'sederhaka' manapun Nizar, jika ia berlaku, jauh lebih bersopan dari sekumpulan pemimpin Umno Terengganu yang 'membinatangkan' Raja, dalam demonstrasi di Istana Terengganu, Mac 2008 yang lalu!
Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang Umno, kerana mereka mahukan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.
Orang-orang PAS, KeADILan dan DAP di Perak, tidak pernah sama sekali mencera Sultan Perak, sebagaimana dilakukan orang-orang Umno di Terengganu.
Soal derhaka tidak timbul sama sekali. Jika ada pihak yang menghasut Raja di Perak, baginda harus mengetahui, memahami dan membuat pertimbangan sewajarnya, jika baginda mahu menjatuhkan hukuman derhaka kepada Nizar.
Kes di Terengganu menunjukkan bahawa yang paling derhaka ialah Umno. Bukan PAS! Umno sanggup buat demo dan membawa kain pemidang yang jelas 'membinatangkan' Raja!
Bukankah tindakan pemimpin Umno itu suatu tindakan derhaka? Mana penderhaka itu semua? Mengapa mereka dibebaskan tanpa tindakan?
Apakah mereka boleh derhaka dan menyanggah Raja sesuka hati kerana mereka Umno? Apakah kerana Umno 'dilahirkan' di Istana Johor pada 11 Mei 1946, maka segala tindakan mereka terhadap Raja, semuanya boleh 'dipejamkan' begitu sahaja?
Apakah kerana Umno terlalu sinonim dengan Raja, maka Raja harus dilihat memihak kepada Umno?
Harus diingat, berlaku dalam sejarah politik negara, yang 'memaki hamun' Raja dan melucutkan hak kekebalan Raja pada tahun 1993, ialah orang-orang dan pemimpin Umno.
Umno yang mewujudkan mahkamah untuk membicarakan perilaku Raja.
Kalau boleh 'diflashback' atau dimainkan kembali pita siaran televisyen dan akhbar ketika itu, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan memahami betapa hinanya Raja di mata Umno.
Siapa yang tampil membela Raja ketika itu? Tanyalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Yang membela Raja ketika itu ialah PAS dan Semangat 46.
Nizar bukan Hang Jebat
Dalam kes Perak, Nizar tidak menderhaka. Nizar bukannya Hang Jebat. Nizar pun tidak mahu menjadi Hang Jebat, seperti hikayat Melayu purba.
Hulubalang Hang Jebat 'mengamuk' kerana membela sahabatnya, Laksamana Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Di Perak, Nizar adalah mangsa ketidakadilan.
Menurut sejarah tragedi purba kala tersebut berlaku, akibat ketidakadilan titah Sultan Mansur Shah yang dinasihatkan secara salah oleh memanda pembesar istana di sekeliling baginda, yang mempunyai kepentingan tertentu.
Lantaran fitnah tersebut, lalu dititahkan agar Hang Tuah dibunuh.Hikayat lagenda difilemkan dengan lakonan Tan Sri P Ramlee dan ditayangkan berulang kali dikaca televisyen.
Secara moralnya, rakyat boleh mempelajari daripada ceritera-ceritera ini, berlaku dalam sejarah, ada kalanya orang-orang istana sama ada Raja, Bendahara atau sebagainya, membuat keputusan yang silap.
Sehingga wujud dalam seloka Melayu ungkapan 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'
Dalam kes Perak Nizar tidak keseorangan. Di belakangnya ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, amat kecewa dengan keputusan yang diambil Sultan Perak.
Rakyat dari kalangan rakyat berbilang kaum menyokong pendirian diambil Nizar, untuk tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Bilangan rakyat yang marah dan kecewa dengan 'rampasan kuasa' di Perak bukannya sedikit.
Sehingga ada yang menzahirkan secara terbuka kritikan terhadap Raja. Sekaligus kritikan-kritikan tersebut jika dipaparkan, hanya akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Raja.
Akibat daripada persepsi ketidakadilan yang berlaku di Perak, ianya telah mewujudkan pemahaman bahawa 'credibility Malay Rulers at stake', apabila mereka dianggap berpihak kepada Umno.
Raja-Raja Melayu seharusnya 'above political party' dan mengelak wujudnya persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka pro atau menjadi alat Umno-BN. Hanya dengan cara sahaja itu kredibiliti dan integriti Raja dapat dipulihkan.
Jalan terbaik untuk memulihkan keadaan di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihan raya negeri semula.
Nescaya rakyat akan menerima keputusan pilihan raya dengan baik walau mana-mana pihak yang menang sekalipun, asalkan ianya dijalankan secara adil dan demokratik.
09 Februari 2009
DAULAT TUANKU...TANGKAP PENDERHAKA- Malaysiakini
.jpg)
1) Zahid Hamidi cakap orang yang datang untuk buat bantahan pada jumaat yang lepas adalah orang-orang dari luar Perak...ni Khairy ni orang Perak dari Daerah mana?..ni kalau takat 5,00 orang (biasalah akhar-akgbar ni..kalau 500 cakap 5,000) boleh di katakan mewakili rakyat Perak ke..malam kelmarin di Kediaman rami MB Perak tak ramai takat 30,000 orang je!!.2) Bagaimana pulak dengan yang ni
Annuar Musa & UMNO Kelantan Tabal Tg Ibrahim sebagai Sultan Kelantan siap dengan laungan 'Daulat Tuanku', bagaiamana dengan siasatan? dah buat tangkapan ke...
3) Untuk renungan bersama
Ringkasan sejarah UMNO vs Raja2 Melayu
1.isu pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang),
Peruntukan tersebut dipinda kepada, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang.”
2. Pada 1993, Umno sekali lagi mengusik institusi Raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja.
Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang. Bagaimana pun, dalam usaha mencapai hasrat pindaan itu, Umno telah melakukan kesilapan lagi, ia bertindak terlalu biadab dalam menelanjangi dan mengaibkan Raja-raja Melayu.
3. Media massa milik kerajaan dimanipulasi secukupnya bagi meruntuhkan wibawa raja-raja Melayu secara terbuka dan meluas.
Cerita memburuk-burukkan peribadi raja diulangsiar dan dibesar-besarkan dalam RTM, TV3,Berita Harian, Utusan Malaysia dll. Rakyat diapi-apikan sentimen dan emosi bencikan raja dengan pembongkaran kehidupan istana yang mewah dan membazir:
A. Beberapa menteri kabinet mendedahkan tentang pemilikan harta oleh raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu di Pahang.
B. Sultan Johor dengan Prebet Adamnya.
C. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Yamtuan NS dengan pemilikan hartanya.
D. Filem-filem Melayu lama yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
E. Sultan Kelantan dengan kisah lari cukai kereta Lambhorgini baginda.
F. Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin Umno yang terlalu dirasuk perasaan bencikan raja sampaikan tergamak mengadakan majlis pertabalan “Sultan Baru” di negerinya. Kejadian itu berlaku di Kelantan, apabila Datuk Seri Annuar Musa “menabalkan” Tengku Ibrahim Petra sebagai “Sultan Kelantan”.
G. Tahun 2008 peristiwa Datuk Seri Shahidan Kassim lawan Raja Perlis serta Datuk Seri Idris Jusoh 'natang sultang' lawan Sultan Terengganu.
Untuk UMNO kita guna perkataan 'lawan' sementara PR guna perkataan 'derhaka'.piiiraah...kelakar betul umno.
Kini, Umno cuba tampil ke tengah masyarakat sebagai pihak yang kononnya menjaga kedaulatan dan kemuliaan raja-raja. Di masa sama pembangkang pula dituduh sebagai pihak yang cuba mencemar institusi raja.
Para pemimpin Umno jangan ingat imej dan reputasi buruknya terhadap raja-raja Melayu dapat dibaiki semudah itu. Dia perlu ingat, bukan semua Melayu yang mudah lupa!
'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan
.jpg)