13 Januari 2009

KT Bandaraya Metropolis dan Metrofulus....mana CICAKMAN!!- Malaysiakini


Kuala Terengganu boleh dikategorikan sebagai bandar paling selamat di Malaysia. Ini kerana dengan kehadiran 10,000 anggota polis yang dibawa ke sini sejak sebelum penamaan calon lagi.

Media kerajaan telah melaporkan seramai 6,000 anggota polis yang telah dikerah ke sini, namun daripada pemerhatian kami, lebih ramai polis daripada rakyat biasa yang berkeliaran di sekitar Kuala Terengganu, seolah-olah Bandar Kuala Terengganu ini Bandaraya Polis.

Menurut sumber, difahamkan kini penambahan lagi 2,000 anggota polis dari pelbagai unit terutamanya anggota dari Sarawak dijangka akan digunakan untuk mewujudkan insiden provokasi bagi menampakkan Pakatan Rakyat memulakan kekecohan dan huru-hara di kawasan pilihan raya


Penambahan tersebut kini dipercayai menghadapi masalah penempatan MARTEK polis yang ditempatkan di keempat-empat Dun.


Terdahulu, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi sewaktu dalam ceramahnya di Markaz PAS Pasir Panjang meminta kerajaan menghantar polis ke kawasan-kawasan maksiat di Kuala Lumpur bagi mencegah maksiat terutama di Lorong Haji Taib, yang dipenuhi dengan mak nyah dan pelacur sejak lama dulu.


Namun kerajaan mengerahkan anggota polis berkampung di Kuala Terengganu sehingga kawasan 'red spot' terabai.


Ahli Parlimen BN sendiri, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh dalam sidang Parlimen 6 Disember 2008 yang lepas melahirkan perasaan kesalnya kerana setelah 10 tahun menunggu, Sabah masih menghadapi masalah kekurangan anggota polis, terutamanya di kawasan luar bandar.


Ahli parlimen Kalabakan itu berkata, Kementerian Dalam Negeri sering memberi alasan PDRM melalui proses `rebranding’ dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan anggota polis. Tambah beliau, selain masalah kekurangan anggota, polis juga hadapi masalah kekurangan kenderaan di kawasan luar bandar.


Hasilnya, Malaysia boleh 'menternak' dan 'membiak' tiga kumpulan gengster terbesar di Malaysia beroperasi dengan keahlian 17,252 orang dikesan sejak 2005 seperti syarikat tersenarai di bursa saham termasuk mempunyai kumpulan cawangan serta jalinan rangkaian yang canggih.

'fulus' berterbangan

Kuala Terengganu juga menjadi medan 'fulus BN' berterbangan di piliharaya kecil ini. Masing-masing di kalangan perwakilan UMNO di lihat mempromosi diri bagi membeli undi perwakilan dalam pemilihan Agung UMNO pada Mac nanti. Mereka bijak menggunakan peluang ini untuk mengambil hati perwakilan yang kebetulan berkumpul di sini berkempen sama.

Fenomena sebegitu sepatutnya tidak dimainkan di Kuala Terengganu. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu susah payah turun ke kawasan-kawasan yang dilihat hanya berkempen untuk diri sendiri.


Kenyataan tersebut disokong, YB Hj Ir Amirudin Bin Hamzah, ADUN Anak Bukit, Kedah. Jentera kempen UMNO hanya bergerak dengan 25% anggotanya manakala yang lain-lain sibuk dengan kempen pemilihan UMNO.

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda