14 Januari 2009

UMNO Hina Palestine- Malaysiakini


Sekali imbas UMNO cuba menakutkan rakyat dengan perang yang sedang berlaku di Palestine sekarang, tetapi sebanarnya inilah penghinaan yang paling besar yang di lakukan oleh UMNO kepada rakyat Palestine selepas mereka (UMNO) menengepikan Menteri Luar Palestine dari Hamas semasa persidangan menteri-menteri luar NAM tempohari dengan menjemput Bekas Menteri Luar Palestine dari golongan Fatah yang telah tewas dalam pilihanraya UMUM Palestine.


Jangan Jadi Seperti Palestine boleh membawa kepada beberapa maksud, MUNGKIN katakan demikian adalah kerana mereka(UMNO) sememangnya seperti Zionis, terutama di Terengganu, tindakan mereka merobohkan Rumah Rakyat di Setiu, Kemaman, serta meroboh Masjid Bujal memberi petunjuk bahawa mereka sebenarnya Yahudi, Zionis kerana tindakan danperangi mereka sama, jadi maksud mereka JANGAN JADI SEPERTI PALESTINE membawa maksud JADILAH MACAM ISRAEL/ZIONIS.

Yang Kedua, Jangan Jadi Seperti Palestine, menggambarkan seolah-olah Rakyat Palestine mahukan benda tersebut, rakyat Palestine mahukan peperangan, ataupun mungkin apa yang UMNO mahu ialah jika ada orang yang mahu menceroboh dan merampas tanah kita, maka kita kena serah saja, jangan lawan, jangan berjihad, sebagaimana yang mereka lakukan di Johor, dengan menggadaikan sebahagian dari negeri kepada bangsa asing. Jika UMNO lah yang tinggal di Bumi Palestine sekarang ini sudah barang pasti dan confirm seluruh bumi yang berkat itu akan terjajah dan di serahkan secara total kepada Zionis Israel.

Sebenarnya Kita tidak tahu kenapa UMNO menghina Palestine dengan sepanduk ini, adakah Syahid ketika berperang dengan Zionis adalah sesuatu yang tidak patut kita contohi, adakah berjuangan mempertahankan tanah air sendiri adalah sesuatu yang hina, adakah mengorbankan nyawa untuk mempertahankan kaum keluarga adalah perbuatan yang tidak bermaruah??!!

Jika UMNO mahu menang dalam PRK KT ini sekali pun janganlah menghina, Palestine, buminya, rakyatnya, dan perjuangan mereka.

2 ulasan:

Chicken Feet aka KaKiaYam berkata...

aduhai....kenapalah UMNO ni....
kenapalah kaitkan dengan palestin?
besar kemungkinan mereka cuba menakutkan orang Melayu supaya bersatu, sebelum orang kafir seperti saya ni mengambil kesempatan....

kalo benar maksud mereka, maka yang dihina tu bukan palestin, sebaliknya orang Melayu...

seolah olah bangsa Melayu hanya boleh terbela dibawah sepanduk UMNO...

seolah olah, orang Melayu retrogresif dan tidak berdaya saing...

bagi saya, keadaan orang Melayu sekarang semuanya kerja UMNO...

Salam

KaKiaYam

al-brangi Online berkata...

salam,

tahniah dan takbir diatas kemenangan PAS


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda