12 Jun 2009

Muqabalah & Kerajaan Perpaduan



Sebenar amat malas untuk mengulas tentang kerajaan perpaduan ini, kerana ulasan dan penjelasan yang di berikan oleh YB Presiden sendiri pun di tolak mentah-mentah, yang lain daripada presiden lagi la, paling sedih ungkapan Mursyidul Am (aku yakin bersumberkan daripada penasihat-penasihat yang sesat) yang menyatakan bahawa mereka yang menyokong cadangan kerajaan campuran ialah boneka UMNO, ungkapan boneka UMNO satu ungkapan yang dahsyat….

boneka biasanya lebih bodoh dari tuan dia, kalau tuan dia gila 1X maknanya boneka ni gila 2X, kalau tuan dia Kafir 1X maka boneka ni kafir 2X, dalam erti kata sekarang ni….kalau kita nak kata UMNO ni jahat…maka sekarang ni..Mursyidul Am telah melebelkan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda atau sesiapa sahaja dalam kepimpinan PAS sebagai Jahat 2X, Bodoh 2X, Gila 2X, atau mungkin jugak kafir 2X, sebab mereka ini boneka UMNO dan semua sifat-sifat ada pada UMNO.

Jika kita perhatikan suasana yang ada sekarang dan kita perhatikan pergerakan kepada perkara ini, sebenarnya ada 2 perkara.. tetapi golongan-golongan ergodan (yang tewas dalam pemilihan baru ini dan masih lagi ada kuasa menasihat kepada Mursyidul Am) cuba mencantumkan 2 perkara ini, 2 perakra tersebut ialah
1) Muzakarah @ Muqabalah
2) Kerajaan Perpaduan.

Muzakarah @ Muqabalah ialah pertemuan yang berlaku antara pimpinan PAS dengan UMNO Pasca Pilihanraya UMUM ke 12, pertemuan yang melibatkan Khir Toyo bersama dengan Pak Lah dengan Pimpinan PAS yang terdiri daripada Cikgu Pa, Ustaz Nasha dan Khalid Samad, pertemuan berkenaan tawaran yang di kemukakan oleh Khir Toyo kepada PAS untuk bersama menubuhkan kerajaan campuran di Selangor antara PAS dan UMNO, tawaran itu di tolak mentah-mentah oleh ketiga-tiga perunding itu dan tidak ada lagi pertemuan selepas daripada itu…kalau ada cuba bagitahu siapa dan di mana! Walaupun pertemuan itu tanpa kebenaran daripada Mesyuarat Jawatankuasa Agung tapi sekurang-kurangnya laporan kepada Mesyuarata Jawatakan Kuasa agung di lakukan dan juga kepada Majlis Syura Ulama’. Walaupun pernah ada rundingan yang di lakukan oleh Hj Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin pasca pilihanraya 11 yang menyebabkan PAS Terengganu menarik semua patisyen pilihanraya, PAS Johor yang telah berjaya menangkap orang yang cuba menyogok calon PAS juga menarik balik patisyen, perjumpaan antara Husam dan Khairy itu tidak laporkan kepada Mesyuarat JK PAS Pusat atau pun Majlis Syura..sedangkan keputusan yang di capai itu amat besar, ye betul untuk menyelamatkan Kelantan, tapi apa salahnya report kepada PAS Pusat.

Hal Muzakarah ini tamat dengan Muktamar PAS Pusat di Ipoh dengan keputusannya di sebut semula dalam ucapan dasar baru-baru ini

Menerusi muktamar tahun lepas, antara keputusan terpenting yang kita setuju ialah :untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan PAS mempunyai sikapterbuka untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini..

Tamat dan Noktah.

Manakala kerajaan Perpaduan pula ialah satu lontaran idea yang di buat oleh Presiden, memandangkan kepada keadaan yang berlaku sekarang, kita di pihak pakatan rakyat sedang ber’perang’ dengan BN di padang yang tidak rata, mereka di sebelah atas dan kita di sebelah bawah, atau dalam lain perkataan hampir kesemua pihak yang sepatutnya bertindak adil dalam peperangan ini telah tidak bertindak adil, dan mereka tidak akan bertindak adil kerana mereka bekerja dengan ‘kerajaan’. Pihak-pihak itu, SPR, SPRM, Polis, Mahkamah. Kesemua pihak ini dalam semua tindakan mereka akan terus menyebelahi UMNO dan BN.

Sebagai Presiden tentu beliau memikirkan bagaimana untuk menjadikan perjuangan ini berada di puncak, kita sendiri ada mendengar di kalangan ahli-ahli bawahan cakap “kita ni salagi masuk pilihanraya, sampai ke mampus pun tak menang” sebagai Presiden tentu beliau mempunyai satu dimensi pemikiran yang berlainan daripada ahli dan cuba untuk mengenengahkannya. Apakah kita rasa Presdien ini telalu bodoh untuk jadi Boneka UMNO, Gilakan harta, Gilakan pangkat. Siapa sahaja yang hidup bersama dengannya akan tahu takat mana dirinya dengan perjuangan Islam…dan Allah telah takdirkan aku hidup berjiran dengannya sebagai jiran, dan sebagai muridnya selama 8 tahun, Jika Kelantan berbangga kerana rumah MB rumah yang sederhana, maka Presiden juga begitu walaupun pernah jadi MB, Kalau MB Kelantan terkenal dengan Anak Murid yang ramai…maka Presiden juga mempunyai murid yang ramai…walaupun tidak seramai MB Kelantan. Kita bukan nak membanding 2 orang yang sememangnya tidak terbanding.

Berbalik kepada UG, ia merupakan idea dan Presiden telah menutup perbincangan berkenaan dengan perkara ini sebelum dari muktamar lagi, kenyataan itu yang disiarkan di dalam harakah, apabila kebanyakan orang gagal untuk mengaggapi apa yang di maksudkan oleh beliau. Dan perkara ini telah di tutup perbicangan. Perkara perbincangan tentang perkara ini telah di tutup telah di ulangi oleh Setiausaha Politik Presiden ketika merasmikan mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Sepang.

Yang menjadi kehairanannya bila masa pulak timbul yang pimpinan PAS bincang dengan UMNO nak tubuh kerajaan perpaduan..dalam PAS pun belum bincang….ia hanya satu lontaran idea oleh Presiden PAS, yang bukan sahaja melibatkan PAS tetapi PR…itu pun susah nak faham ke..dan seperti biasa kalau perkara itu mahu di laksanakan maka ianya akan melalui banyak peringkat. Di siapkan kertas kerja, kelulusan Majlis Syura’ Ulama’, Muktamar Khas dan banyak lagi peringkat termasuk penerangan sehingga ke bawah…dan itu tradisi PAS, itu tradisi kita.

Problemnya sekarang…adakah Presiden tidak boleh mengemukakan idea? Adakah beliau tidak mempunyai hak untuk melontarkan idea, di zaman Al Marhum PAS Pernah berunding dengan UMNO, melalui Ust Nasha sebagai SU PAS dengan Khalil Yaakob sebagai SU UMNO, walaupun perbincangan itu gagal kerana UMNO tidak mahu mewujudkan suasan kondusif sebagaimana tuntutan PAS, itu idea Ust Fadhil di zamannya dan di perkukuhkan dengan jawatankuasa yanga ada.

Idea Presiden sekarang hanya presiden yang sepatutnya di perbincangkan dengan berdasarkan kepada Agama dan Sunnah bukannya dendam kesumat, Abu Sufian, isterinya mengerat telinga Hamzah dan membelah dada dan memakan hatinya, selepas itu membohongi Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyyah, memang tak leh buat kawan dan takleh buat ‘saing’ tapi akhirnya Rasullullah menyebut juga rumahnya sebagai tempat berlindung semasa Fathul Makkah, mungkin hujjah saya ini akan di sangkal….tak apa sangkal lah tapi mestilah dengan hujjah juga, mestilah dengan nas juga, jangan berdasarkan kepada dendam kita kepada UMNO.

Bukan saya menyokong UG, tetapi sikap dan hujjah yang di berikan oleh mereka yang menolak tu kadang-kadang melampau, menutup pintu dakwah…bila kita cakap macam ni mereka akan cakap dakwah di kalangan rakan PR pun belum habis…hoi….Rasulullah hantar surat kepada suluruh raja di timur tengah masa tu, orang Madinah masa tu semua dah Islam ke? Atau Rasulullah dah abaikan orang Madinah ke, di mana ada peluang…maka di situ akan di ambil oleh Rasulullah untuk berdakwah… oooo kamu tak tahu macamana jahatnya UMNO..kamu tak rasa..kamu budak lagi, muda lagi…sapa kata saya tak rasa….memang ayahanda saya tidak di ISA, tapi beliau di tukar ke hujung dunia, dan akhir di pecat dari jawatannya,pulang ke rumah hanya 2 minggu sekali, kami adik beradik di rumah kadang-kadang makan telur goreng 1 biji belah 4, beli ikan 50 sen berhutang…angkara siapa…angkara UMNO, marah memang marah, geram…memang geram… tapi siapa kita jika nak di bandingkan dengan arahan Allah.

Ada orang cuba bandingkan apa yang berlaku ini dengan peperangan siffain, antara Ali dan Muawiyyah dengan meletakkan golongan Ali itu kita manakala Muawiyyah itu UMNO, satu perbandingan yang begitu jauh…untuk menyamakan UMNO dengan Muawiyyah adalah sesuatu yang tidak kena…dan untuk menyamakan Quran yang di bawa dihujung tombak oleh tentera muawiyyah juga sesuatu yang tidak kena. Kerana sebagaimana yang di nyatakan tadi bahawa idea UG ini dari kita, dari Presiden kita…kecuali Khalid Samad cuba untuk menuduh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Sebagai talibarut UMNO, kalau itu maksud Khalid…saya harap Khalid kena jelaskan pada Tuan Guru. UMNO tidak tahu menahu tentang kerajaan Perpaduan..idea kita. Bukan sesuatu yang di bawa di hujung tombak UMNO. Jadi cuba untuk kiaskan UG ini dengan Perang Siffain adalah sesuatu yang dangkal.

Sepanjang perbahasan muktamar, tiada seorang pun yang sebutkan hal UG, dalam Ucapan Dasar Presiden pun tiada perkaraan UG di sebut, apa yang di sebut ialah dasar umum PAS yang akan bersama kukuhkan PR dan bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan Islam, dalam penggulungan pun tiada di sebut..cuba bekas Naib Presiden yang cuba menimbulkan kegusaran di kalangan ahli, sebagai seorang ulama’, bekas pimpinan yang bertanggungjawab dengan jemaah mesti laporkan ini kepada majlis syuara secara resmi…bukan lontar dalam masjlis umum sahaja sehingga menimbulkan fitnah.

Hanya seorang sahaja yang sebut tentang UG (seingat saya) iaitu wakil Shah Alam, Yb Khalid, mungkin kalau mahu bandingkan sangat dengan Perang Siffain ialah mereka yang berada di belakang tentera Muawiyyah yang telah melepaskan panah tanpa arahan sehingga menyebabkan kematian Ammar bin Yasir dan mencetuskan peperangan tersebut… Rasullah bersabda ‘ Ammar akan di bunuh oleh puak yang melampau’

6 ulasan:

anak jitra berkata...

Assalamualaikum....

Tanhiah utas atas posting yang amat baik dan ilmiah... Memang amat sedih menyaksikan suasana Tuan Guru Presiden dikutuk dan dikata oleh pemimpin parti sendiri ....tambah duka melihat komen Mursyidul Am yang amat menyebakkan dada....Kedua2 Tok Guru yang tersayang telah diadu domba oleh orang yang kata perjuangkan Islam.... Tahniah Tuan Guru Presiden kerana masih dapat bertahan dari mengeluarkan komen terhadap pemimpin sendiri walaupun saya rasa Tuan Guru layak sbg bapa kepada semua....Wassalam

hamba berkata...

Bear, saya amat sedih kerna terdapat mereka yang kononnya ahli Jamaah Islam Pas... tapi sangat keterlaluan menghina dan mengeluarkan kata nista kepada PIMPINAN... Seolah-olah pimpinan baru hari ini menyertai PAS..

Kesal... dimana adab & akhlak yang diajari Rasulullah...??

Tanpa Nama berkata...

TGNA tidak komen 'Mengarut' itu ditujukan kepada TGHH tetapi kepada media yang cuba putarbelit kenyataan UG.... jangan mudah terpedaya.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

perkara ini kan dah jelas lagi bersuluh dalam muktamar lepas; kenapa mesti dibangkitkan juga????? fikir-fkirkan lah..

Tanpa Nama berkata...

ye la dah jelas tapi bersuluh..tapi arahan presiden supaya tutup hal ini sebelum muktamar lagi, di ikuti tim presiden lepas muktamar....tapi geng erdogan masih terus dok mainkan melalui blog-blog proksi mereka....takkan nak duk diam je...kena jawab la

Tanpa Nama berkata...

Bukan sekali TGHH gopoh dalam mengeluarkan kenyataan.Main politik tidak semudah dengan sekadar buka kitab dan terus mengajar.....TGHH patut berundur dan ganti peimpin PAS yang lain bukan sekarang tetapi muktamar akan datang.Dia pun dah penat begitu juga TGNA,bue ke orang muda pulak, kita tengok sejauhmana hanelangnya orang muda.....


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda