06 Ogos 2008

Anwar: Mengapa saya sahaja didakwa?- Malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)?" katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga terus mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya. Bagaimanapun, kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ulasan
Itulah akibatnya apabila perkara ini tidak di bicarakan di mahkamah syariah sedangkan kesalahan ini adalah satu kesalahan syariah mengikut perundangan Islam, Anwar dan Saiful kedua-duanya Islam, Laporan di Mahkamah syariah telah di lakukan oleh Anwar, Ini menunjukkan kepada kita betapa terpinggirnya Islam masa ini dan ianya akan terus terpinggir selagi mana PAS tidak di jadikan tunggak kepada pemerintahan di Malaysia ini.

Alangkah sedihnya kita, al Quran yang kita baca seharian, Hadis yang kita kaji seharian tidak boleh di jadikan rujukan untuk menyelesaikan permasalahan dua orang yang mengaku Islam.

Fikirkan lah

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda