05 Ogos 2008

Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos- Malaysiakini

Sekarang ini semua mata tertumpu kepada Permatang Pauh selepas pengisytiharan Dato' Seri Wan Azizah mengisytiharkan perletakan jawatannya sebagai MP dan juga pengistiytiharan Dato' Seri Anwart Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding di situ dalam pilihanraya kecil yang akan di umumkan tarikhnya oleh SPR pada hari ini (6/8/08).

Namun ada dua perkara yang mana ianya juga penting tetapi seolah-olah tenggelam, iaitu KULIM BANDAR BARU dan juga SANGLANG, walaupun Kulim Bandar Baru masih lagi belum konfirm tentang ada atau tidak pilihanraya kecil akan tetapi Sanglang sudah pasti sekurang-kurangnya akan ada pilihanraya kecil disitu. Apa persiapan PR dalam menghadapi pilihanraya kecil ini, bagaimana dengan jentera? perbelanjaan? strategi? atau sudah dirasakan bahawa kedua-dua kerusi ini sudah tidak ada nilai sebab orang akan bertanding itu bukan orang glamor.

Sanglang dan Kulim Bandar Baru sama penting dengan Permatang Pauh, jika di Permatang Pauh ramai pembesar-pembesar PR (Dengan merujuk kepada barisan kabinet cadangan Tan Sri Khalid dalam Sinar Harian) ingin melihat sejauhmana kesetiaan PAS kepada PR, maka di Sanglang juga penyokong dan pendokong PAS ingin melihat sejauh mana rakan PR akan membantu PAS, membantu bukan bermakna hanya pergi berkempen di Sanglang tetapi membantu ialah menjaga air muka dan maruah PAS dengan tidak cuba untuk mencabar Islam dan Syiar Islam seperti azan subuh, pembinaan surau, bantuan kepada gereja dan sebagainya terutama di negeri yang berMenteri Besarkan Orang Islam dari kalangan PR.

Penyokong dan pendokong PAS masa ini mungkin ada lagi yang sedang bertepuk meja kerana masalah muzakarah atau Muqabalah tetapi mereka ini boleh lupakan apa sahaja termasuk kuasa jika sekiranya Islam yang menjadi dasar mereka dicabar dan tercabar.

Berbalik kepada Kulim Bandar Baru, Yb Zul seorang yang amat di perlukan di dalam Parlimen, apa yang kita bimbangkan ialah, UMNO/BN akan menjadikan Kulim Bandar Baru sebagai sasaran mereka, kerana nilai antara Permatang Pauh dan Kulim Bandar Baru adalah sama sahaja sama 1&1, apa guna kalau kita menang besar di Permatang Pauh tetapi tewas di Kulim Bandar Baru, kita tetap akan kekurangan 1 kerusi di parlimen, kekadang ada benar jugak pandangan yang menyatakan sepatutnya DSAI menunggu keputusan Kulim Bandar Baru sebelum membuat keputusan untuk bertanding di Permatang Pauh.

Sanglang...hanya sebuah dun yang selama ini di sandang oleh PAS melalui Ustaz Hashim Jasin , kesnya sama dengan Kes di Parlimen Pasir Putih Kelantan pada 2004 antara Hjh Kelsom (PAS) dan Che Min (BN), Pengawai Pengurus Pilihanraya telah 'silap' mengisytiharkan kemenangan kepada Hjh Kelsom, dan Che Min telah membawa kes ini ke Mahkamah dan mahkamah mengisytiharkan Che Min di berikan kemenangan (Tanpa pilihanraya Kecil). Di Sanglang begitu juga Pegawai Pengurus Pilihanraya telah 'silap' mengisytiharkan calon BN yang menang menewaskan Ustaz Hashim Jasin, bila Ustaz Hashim bawa ke mahkamah... mahkamah perintah pilihanraya semula...tidak sebagaimana di Pasir Puteh yang memberikan kemenangan terus kepada Che Min.

Pentingnya Sanglang ialah untuk mengembalikan hak sebenar rakyat Sanglang yanng telah memilih Ustaz Hashim sebagai wakil mereka, di samping itu juga hak-hak demokrasi juga mesti di kembalikan dan ianya juga boleh dianggap sebagai neraca bagaiamana setiakawan dalam PR ini, jika alasan bahawa di Sanglang, ramai orang Melayu cukup dengan PAS sahaja yang bekerja, maka di di Permatang Pauh undi Cina & India sebagai penentu, tak bimbang ke pada kopiah dan serban orang-orang PAS, nanti di salahkan pula pada serban, kopiah dan tudung labuh orang PAS.

Akan tetapi pengikut dan pendokong serta penyokong PAS ialah golongan yang taat kepada pimpinan tak kira tok guru mana! kalau arahan pimpinan kata pergi..maka mereka akan pergi, kalau pimpinan kata tak payah pergi maka tak payah pergi.

untuk satu renungan

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda