08 Ogos 2008

Cawangan sepakat pilih Azalina- Malaysiakini

Ketua-ketua cawangan Umno bahagian Pengerang memilih Datuk Seri Azalina Othman Said kerana beliau lebih berwibawa untuk menerajui bahagian berkenaan.

Ketua cawangan Bandar Mas Abdul Kadir Mohd Yunus berkata, ketua-ketua cawangan Umno telah berpakat memilih Azalina sebagai ketua bahagian yang baru.

"Ini kehendak akar umbi Umno yang mahukan perubahan kerana yakin dengan agenda pembangunan Azalina untuk penduduk Pengerang.

umno 2007 agm azalina othman and wanita 051107"Paling ketara yang mahukan Azalina menjadi ketua bahagian yang baru ialah golongan wanita," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas kegagalan penyandangnya, Datuk Harun Abdullah.
Harun mendapat tujuh pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatannya.

Harun yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Selat hanya mendapat empat pencalonan, manakala Azalina 27 pencalonan.

Berikutan itu, Azalina yang kini naib ketua bahagian, menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian.

Sementara itu, ahli jawatankuasa bahagian, Abdul Kader Basok pula berkata, punca utama ketua cawangan memilih Azalina ialah kerana merasakan beliau lebih sesuai mengetuai bahagian tersebut.

Beliau yang juga ketua Umno cawangan Felda Air Tawar 4 berkata, kedudukan Azalina sebagai menteri, memudahkan beliau membantu rakyat Pengerang terutama yang menjadi peneroka Felda.

"Sebagai menteri pelancongan, Azalina lebih berkemampuan untuk membantu penduduk berbanding Harun yang hanya seorang Adun.

"Kami sepakat mahukan muka baru menerajui bahagian ini. Dan orang yang paling layak menjadi ketua bahagian Pengerang ialah Azalina.

"Selama ini kepimpinan antara bahagian dengan Parlimen tidak sehaluan menyebabkan banyak program di Pengerang tidak berjaya," katanya.

Ulasan
Dengar cerita Azalina dah mula kempen sejak 3 bulan yang lalu dengan memasukkan duit ke dalam akaun setiap ketua-ketua cawangan di Bahagian
Pengerang dalam jumlah yang agak banyak, begitu juga dengan perwakilan di peringkat cawangan di selit bersama surah yasin...
ada sesiapa boleh mengesahkan berita ni?..lebih elok kalau ahli-ahli UMNO bahagian Pengerang

tapi kalau benar-benar berlaku pun.....ahli UMNO bukannya kesah apa pun....dapat duit....halal ke haram ke cerita lain.

1 ulasan:

Nostradamus berkata...

Q9. Corruption is a fact of life and should be tolerated. (Fact or Fiction)
Korupsi adalah fakta kehidupan dan perlu toleransi. (Fakta atau Rekaan)

Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda