07 Ogos 2008

PAS: Forum cetus ketegangan agama- Malaysiakini

PAS bimbang forum dampak pertukaran agama anjuran Majlis Peguam hujung minggu ini boleh "mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara."

"Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak," kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau mengulas siri bantahan beberapa pihak termasuk menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap forum tentang dampak pertukaran agama seperti kes R Subashini dan S Shamala.

Majlis Peguam bercadang membahaskan dua kes itu dalam forum bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Sabtu ini.

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang menambah, PAS sekeras-kerasnya membantah hasrat Majlis Peguam dengan alasan "isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak" seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

"Bagi PAS, Islam agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan authoriti kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

"Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak," katanya.

Beliau menyarankan penganjur membatalkan forum tersebut.

Kelmarin, Syed Hamid menyifatkan forum badan peguam itu ibarat "bermain dengan api" dan "boleh membangkitkan salah faham."

"Anda bermain dengan api yang kita ingat sebagai satu unsur kebebasan dan hak kita.

"Jangan kita fikir dalam melaksanakan hak, orang lain juga tidak mempunyai hak, jadi akhirnya dia boleh membangkitkan salah faham," beliau dipetik sebagai berkata.

Ulasan

Semua memaklumi bahawa perkara yang melibatkan agama adalah merupakan sesuatu yang amat sensitif di dalam negara kita, kerana ianya akan melibatkan perasaan dan kepercayaan seseorang individu, dan juga telah di terima secara wajib oleh seluruh Rakyat Malaysia bahawa Islam adalah agama resmi bagi Persekutuan Malaysia.

Akibat daripada penerimaan itu maka sudah tentu satu keistimewaan terhadap Islam dan hukumnya (walaupun tidak sepenuhnya) mesti di akta atau dikanunkan, dan perkara ini sudah di sedari sekian lama, cuma yang menjadi masalah sekarang ialah mengapa dan kenapa perkara ini seakan sudah berani di cabar, keistimewaan Islam sebagai agama resmi Negara sudah dianggap sebagai tidak adil, kekadang terfikir adakah ini yang di kehendaki oleh Masyrakat Melayu yang menyokong UMNO/BN.

Ada orang menyatakan bahawa Presiden PAS lambat/ketinggalan, satu pesan kepada golongan ini, 1) jaga sikit mulut 2) Presiden PAS bukan sahaja hari ini memperkatakan perkara ini sudah lebih 20 tahun memperkatakan tentang Islam yang perlu di pertahankan cuma kamu-kamu yang bebal tidak pernah mengikuti apa yang di nyatakan oleh beliau selama ini.

Sekarang ini bukan kita nak bincang antara yang mana betul dan yang mana salah? kalau nak bincang tentang betul dan salah sudah terbukti bahawa ISLAM ADALAH AGAMA DI SISI ALLAH, paderi-paderi Kristian sendiri sudah ada yang mengaku tentang kekeliruan Triniti, dan penyelewengan Bibel.

Masalah sekarang ini ialah mengapa majlis peguam begitu bongkak mahu mencabar ketuanan Islam di dalam negara ini, perangai rasa cerdik sombong inilah yang akhir sekali akan mengundang bencana kepada negara, apabila berlaku tindak balas daripada orang yang tidak mahu melihat Islam di tohmah dalam forum itu nanti.

Majlis peguam hanya menggunakan kes R Subashini dan S Shamala untuk menghangatkan suasana dan keadaan, bukan ini sebenar target mereka.

Persoalan sekarang, mengapa sudah ada orang yang berani mencabar Islam sampai ke tahap ini, mengapa perkara seumpama ini berlaku, Inilah perkara yang pernah di sebut oleh Saidina Umar Al Khattab semasa baginda hadir ke Kota Baitul Maqdis untuk menerima kunci kota tersebut "Kita adalah kaum yang di muliakan dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan dengan dengan Islam, Allah akan menghina mereka' sudah lebih 50 tahun PAS memberi amaran ini kepada UMNO, memberi amaran dari luar, memberi amaran dari dalam (semasa dalam BN) memberi amaran semasa mereka kuat, memberi amaran semasa mereka lemah, tetapi mereka tetap dengan kebebalan dan bodoh sombong masih tetap dengan ego keMelayuan yang hanya bersandarkan kemuliaan kepada keris telanjang.

Majlis Peguam sepatutnya sudah boleh memahami apa yang di nyatakan oleh YB Presiden PAS, bukan sahaja kenyataan sekarang bahkan kenyataan-kenyataan beliau yang lalu, dan perkara ini sudah menimbulkan suasana yang kurang sihat setahun dua yang lalu. jika sekiranya kamu boleh menerima peraturan-peraturan lain yang lebih jelas menampakkan kebodohan undang-undang tersebut kenapa kamu tidak boleh menerima peraturan ini yang jelas memberikan hak dan keistimewaan Islam sebagai agama resmi negara.

Sedang tunggu pendirian pimpinan PKR yang beragama Islam.

3 ulasan:

malayamuda berkata...

Kalau org cabar agama lain, agama lain akan cabar agama kita.

Kita cabar dengan memaksa bangkai si mati di beri kepada JAIS/MAIS etc etc.

Kita cabar dengan memaksa seorang ibu Hindu mengajar cara cra Islam kepada anak berumur 2 dan 4 thn.

So salah kah bile org lain cabar kita ?

Abdul Hadi Awang dan Syed Hamid Albar seharus nya menghadiri forum Bar Council dan menyatakan pendirian mereka dengan hujah dan fakta.

Bukan cara Islam untuk menindas kaum2 minoriti tanpa memberi mereka ruang untuk membincang dan membantah.

Harus di ingati bahawa Orang lain juga boleh memberontak dan jike semua memberontak, peperangan sivil akan membawa nahas kepada negara dan semua bangsa tak kira agama.

Are we ready for that ?

Nostradamus berkata...

Q48. Freedom can only exist in the mind, not in real life. (True or False)
Kebebasan Cuma didapati dalam minda, tidak di dunia nyata. (Betul atau Salah)

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

..........cont’d to Q 50.
..........sambungan sahingga Soalan 50.

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

pertama mahu tahu...malayamuda orang Islam atau bukan Islam...

kalau kamu Islam, kamu kena ingat bicara sekarang bukan bicara pakai otak atau akal, bicara sekarang ialah berkenaan dengan hukum yang allah turunkan melalui quran atau hadis yang mana umatnya mesti pertahankan.

Kalau kamu bukan Islam, ini hukum Islam yang mesti di taati oleh sesorang yang telah mengucap dan mengisytiharkan dia Islam, kalau kamu bukan Islam jangan dok masuk campur masalah hukum hakan Islam


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda