12 Jun 2009

Muqabalah & Kerajaan Perpaduan



Sebenar amat malas untuk mengulas tentang kerajaan perpaduan ini, kerana ulasan dan penjelasan yang di berikan oleh YB Presiden sendiri pun di tolak mentah-mentah, yang lain daripada presiden lagi la, paling sedih ungkapan Mursyidul Am (aku yakin bersumberkan daripada penasihat-penasihat yang sesat) yang menyatakan bahawa mereka yang menyokong cadangan kerajaan campuran ialah boneka UMNO, ungkapan boneka UMNO satu ungkapan yang dahsyat….

boneka biasanya lebih bodoh dari tuan dia, kalau tuan dia gila 1X maknanya boneka ni gila 2X, kalau tuan dia Kafir 1X maka boneka ni kafir 2X, dalam erti kata sekarang ni….kalau kita nak kata UMNO ni jahat…maka sekarang ni..Mursyidul Am telah melebelkan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda atau sesiapa sahaja dalam kepimpinan PAS sebagai Jahat 2X, Bodoh 2X, Gila 2X, atau mungkin jugak kafir 2X, sebab mereka ini boneka UMNO dan semua sifat-sifat ada pada UMNO.

Jika kita perhatikan suasana yang ada sekarang dan kita perhatikan pergerakan kepada perkara ini, sebenarnya ada 2 perkara.. tetapi golongan-golongan ergodan (yang tewas dalam pemilihan baru ini dan masih lagi ada kuasa menasihat kepada Mursyidul Am) cuba mencantumkan 2 perkara ini, 2 perakra tersebut ialah
1) Muzakarah @ Muqabalah
2) Kerajaan Perpaduan.

Muzakarah @ Muqabalah ialah pertemuan yang berlaku antara pimpinan PAS dengan UMNO Pasca Pilihanraya UMUM ke 12, pertemuan yang melibatkan Khir Toyo bersama dengan Pak Lah dengan Pimpinan PAS yang terdiri daripada Cikgu Pa, Ustaz Nasha dan Khalid Samad, pertemuan berkenaan tawaran yang di kemukakan oleh Khir Toyo kepada PAS untuk bersama menubuhkan kerajaan campuran di Selangor antara PAS dan UMNO, tawaran itu di tolak mentah-mentah oleh ketiga-tiga perunding itu dan tidak ada lagi pertemuan selepas daripada itu…kalau ada cuba bagitahu siapa dan di mana! Walaupun pertemuan itu tanpa kebenaran daripada Mesyuarat Jawatankuasa Agung tapi sekurang-kurangnya laporan kepada Mesyuarata Jawatakan Kuasa agung di lakukan dan juga kepada Majlis Syura Ulama’. Walaupun pernah ada rundingan yang di lakukan oleh Hj Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin pasca pilihanraya 11 yang menyebabkan PAS Terengganu menarik semua patisyen pilihanraya, PAS Johor yang telah berjaya menangkap orang yang cuba menyogok calon PAS juga menarik balik patisyen, perjumpaan antara Husam dan Khairy itu tidak laporkan kepada Mesyuarat JK PAS Pusat atau pun Majlis Syura..sedangkan keputusan yang di capai itu amat besar, ye betul untuk menyelamatkan Kelantan, tapi apa salahnya report kepada PAS Pusat.

Hal Muzakarah ini tamat dengan Muktamar PAS Pusat di Ipoh dengan keputusannya di sebut semula dalam ucapan dasar baru-baru ini

Menerusi muktamar tahun lepas, antara keputusan terpenting yang kita setuju ialah :untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan PAS mempunyai sikapterbuka untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini..

Tamat dan Noktah.

Manakala kerajaan Perpaduan pula ialah satu lontaran idea yang di buat oleh Presiden, memandangkan kepada keadaan yang berlaku sekarang, kita di pihak pakatan rakyat sedang ber’perang’ dengan BN di padang yang tidak rata, mereka di sebelah atas dan kita di sebelah bawah, atau dalam lain perkataan hampir kesemua pihak yang sepatutnya bertindak adil dalam peperangan ini telah tidak bertindak adil, dan mereka tidak akan bertindak adil kerana mereka bekerja dengan ‘kerajaan’. Pihak-pihak itu, SPR, SPRM, Polis, Mahkamah. Kesemua pihak ini dalam semua tindakan mereka akan terus menyebelahi UMNO dan BN.

Sebagai Presiden tentu beliau memikirkan bagaimana untuk menjadikan perjuangan ini berada di puncak, kita sendiri ada mendengar di kalangan ahli-ahli bawahan cakap “kita ni salagi masuk pilihanraya, sampai ke mampus pun tak menang” sebagai Presiden tentu beliau mempunyai satu dimensi pemikiran yang berlainan daripada ahli dan cuba untuk mengenengahkannya. Apakah kita rasa Presdien ini telalu bodoh untuk jadi Boneka UMNO, Gilakan harta, Gilakan pangkat. Siapa sahaja yang hidup bersama dengannya akan tahu takat mana dirinya dengan perjuangan Islam…dan Allah telah takdirkan aku hidup berjiran dengannya sebagai jiran, dan sebagai muridnya selama 8 tahun, Jika Kelantan berbangga kerana rumah MB rumah yang sederhana, maka Presiden juga begitu walaupun pernah jadi MB, Kalau MB Kelantan terkenal dengan Anak Murid yang ramai…maka Presiden juga mempunyai murid yang ramai…walaupun tidak seramai MB Kelantan. Kita bukan nak membanding 2 orang yang sememangnya tidak terbanding.

Berbalik kepada UG, ia merupakan idea dan Presiden telah menutup perbincangan berkenaan dengan perkara ini sebelum dari muktamar lagi, kenyataan itu yang disiarkan di dalam harakah, apabila kebanyakan orang gagal untuk mengaggapi apa yang di maksudkan oleh beliau. Dan perkara ini telah di tutup perbicangan. Perkara perbincangan tentang perkara ini telah di tutup telah di ulangi oleh Setiausaha Politik Presiden ketika merasmikan mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Sepang.

Yang menjadi kehairanannya bila masa pulak timbul yang pimpinan PAS bincang dengan UMNO nak tubuh kerajaan perpaduan..dalam PAS pun belum bincang….ia hanya satu lontaran idea oleh Presiden PAS, yang bukan sahaja melibatkan PAS tetapi PR…itu pun susah nak faham ke..dan seperti biasa kalau perkara itu mahu di laksanakan maka ianya akan melalui banyak peringkat. Di siapkan kertas kerja, kelulusan Majlis Syura’ Ulama’, Muktamar Khas dan banyak lagi peringkat termasuk penerangan sehingga ke bawah…dan itu tradisi PAS, itu tradisi kita.

Problemnya sekarang…adakah Presiden tidak boleh mengemukakan idea? Adakah beliau tidak mempunyai hak untuk melontarkan idea, di zaman Al Marhum PAS Pernah berunding dengan UMNO, melalui Ust Nasha sebagai SU PAS dengan Khalil Yaakob sebagai SU UMNO, walaupun perbincangan itu gagal kerana UMNO tidak mahu mewujudkan suasan kondusif sebagaimana tuntutan PAS, itu idea Ust Fadhil di zamannya dan di perkukuhkan dengan jawatankuasa yanga ada.

Idea Presiden sekarang hanya presiden yang sepatutnya di perbincangkan dengan berdasarkan kepada Agama dan Sunnah bukannya dendam kesumat, Abu Sufian, isterinya mengerat telinga Hamzah dan membelah dada dan memakan hatinya, selepas itu membohongi Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyyah, memang tak leh buat kawan dan takleh buat ‘saing’ tapi akhirnya Rasullullah menyebut juga rumahnya sebagai tempat berlindung semasa Fathul Makkah, mungkin hujjah saya ini akan di sangkal….tak apa sangkal lah tapi mestilah dengan hujjah juga, mestilah dengan nas juga, jangan berdasarkan kepada dendam kita kepada UMNO.

Bukan saya menyokong UG, tetapi sikap dan hujjah yang di berikan oleh mereka yang menolak tu kadang-kadang melampau, menutup pintu dakwah…bila kita cakap macam ni mereka akan cakap dakwah di kalangan rakan PR pun belum habis…hoi….Rasulullah hantar surat kepada suluruh raja di timur tengah masa tu, orang Madinah masa tu semua dah Islam ke? Atau Rasulullah dah abaikan orang Madinah ke, di mana ada peluang…maka di situ akan di ambil oleh Rasulullah untuk berdakwah… oooo kamu tak tahu macamana jahatnya UMNO..kamu tak rasa..kamu budak lagi, muda lagi…sapa kata saya tak rasa….memang ayahanda saya tidak di ISA, tapi beliau di tukar ke hujung dunia, dan akhir di pecat dari jawatannya,pulang ke rumah hanya 2 minggu sekali, kami adik beradik di rumah kadang-kadang makan telur goreng 1 biji belah 4, beli ikan 50 sen berhutang…angkara siapa…angkara UMNO, marah memang marah, geram…memang geram… tapi siapa kita jika nak di bandingkan dengan arahan Allah.

Ada orang cuba bandingkan apa yang berlaku ini dengan peperangan siffain, antara Ali dan Muawiyyah dengan meletakkan golongan Ali itu kita manakala Muawiyyah itu UMNO, satu perbandingan yang begitu jauh…untuk menyamakan UMNO dengan Muawiyyah adalah sesuatu yang tidak kena…dan untuk menyamakan Quran yang di bawa dihujung tombak oleh tentera muawiyyah juga sesuatu yang tidak kena. Kerana sebagaimana yang di nyatakan tadi bahawa idea UG ini dari kita, dari Presiden kita…kecuali Khalid Samad cuba untuk menuduh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Sebagai talibarut UMNO, kalau itu maksud Khalid…saya harap Khalid kena jelaskan pada Tuan Guru. UMNO tidak tahu menahu tentang kerajaan Perpaduan..idea kita. Bukan sesuatu yang di bawa di hujung tombak UMNO. Jadi cuba untuk kiaskan UG ini dengan Perang Siffain adalah sesuatu yang dangkal.

Sepanjang perbahasan muktamar, tiada seorang pun yang sebutkan hal UG, dalam Ucapan Dasar Presiden pun tiada perkaraan UG di sebut, apa yang di sebut ialah dasar umum PAS yang akan bersama kukuhkan PR dan bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan Islam, dalam penggulungan pun tiada di sebut..cuba bekas Naib Presiden yang cuba menimbulkan kegusaran di kalangan ahli, sebagai seorang ulama’, bekas pimpinan yang bertanggungjawab dengan jemaah mesti laporkan ini kepada majlis syuara secara resmi…bukan lontar dalam masjlis umum sahaja sehingga menimbulkan fitnah.

Hanya seorang sahaja yang sebut tentang UG (seingat saya) iaitu wakil Shah Alam, Yb Khalid, mungkin kalau mahu bandingkan sangat dengan Perang Siffain ialah mereka yang berada di belakang tentera Muawiyyah yang telah melepaskan panah tanpa arahan sehingga menyebabkan kematian Ammar bin Yasir dan mencetuskan peperangan tersebut… Rasullah bersabda ‘ Ammar akan di bunuh oleh puak yang melampau’

11 Jun 2009

Macamana? Puas hati semua!!!!????



Beginikah yang anda semua mahukan.pimpinan di hina.baru kamu semua puas hati?



Seranah 1

Seranah 2

Seranah 3

Serkarang ni siapa yang masuk perangkap UMNO?? jangan samapai mereka-mereka yang selama ini bersabar hilang kesabarannya.

10 Jun 2009

Jangan Emosi mengatasi Al Quran Dan Hadis



Ketika Datuk Harun Taib membacakan ayat alQuran tentang pendekatan alQuran yang mengizinkan politik perang dan damai, kisah Musa yang diperintah bertemu Firaun dan beberapa ayat tentang keterbukaan sikap Al Quran mengajar ummat dalam dakwah.... terdengar seorang pemerhati di hadapan saya menyebut..."umNo bukan jenis boleh buat baik". Spontan saya menyebut kepada rakan disebelah " kalau ayat alQuran pun orang PAS nak tolak tak tahu la...." saya melepaskan geram bukan pada orangnya....


Saya nukilkan kisah ini kerana bukan sedikit di kalangan kita yang semakin jauh dari al Quran lantaran emosi yang keterlaluan." Andai Rasulullah yang agak geram melihat jenazah bapa saudaranya Hamzah di Medan Uhud pun ditegur oleh Allah, apakah kita lebih dari itu" antara intipati yang saya tangkap dari ungkapan pergulungan TG Presiden. Ramai dari kita marah kepada orang terutamanya umNO kerana kerja jahat umNO. Siapa tak tahu kejahatan umNO??

Sewaktu konvensyen PAS di Rapat Setia tahun lalu TG Presiden telah meluahkan betapa PAS adalah parti yang lebih tahu kejahatan umNO. PAS lah yang menanggung azab kejahatan umNO bermula Dr Burhanudin hingga Ibrahim Mahmud, Osman Talib dan ribuan lagi yang ,menjadi mangsa umNO. malah ada yang menzalimi PAS itu kini bersama Pakatan Rakyat. Namun ianya tidak menghalang kita meneruskan dakwah dan perbincangan dengan mereka. Kebimbangan pendekatan bertemu umNO akan membantu umNO bukanlah nas Al Quran atau hadis. ianya adalah "bacaan" atau" sangkaan" politik yang tak mampu memadamkan Nas Al Quran dan Hadis.

Malangnya sebahagian dari kita menjadikan bacaan politik lebih dari Nas Al Quran dan hadis di saat yang sama kita mendakwa pendokong Al Quran dan Hadis. Kenapa hujjah Presiden, Ketua Dewan Ulama dan Timb Mursyidul Am yang sarat dengan hujah Nas Al Quran Dan hadis ditolak dengan emosi dan luka lama serta dendam yang tak berkesudahan??? apakah itu sikap sewajarnya ahli jamaah Islam????

Wajarlah Timbalan Mursyidul am menimbulkan kembali erti wala kepada pimpinan yang seolah hilang dari jamaah Islam. HARUS DIINGAT! kita bukan PKR atau DAP... jauh sekali umNO! jangan kerana kita berkawan dengan PKR dan DAP makan kita sama seperti mereka. Kita adalah sahabat seperjuangan mereka denga matlamat yang sama...tetapi disiplin parti kita jauh berbeza dengan mereka! sebab itu kita mampu bertahan sebagaimana mereka tak mampu bertahan ketika diuji!

Sebagai ahli jamaah Islam... sewajarnya disiplin dalam jamaah Islam difahami dengan sesungguhnya. Sebagaimana kita kecewa dengan Islam yang di bawa oleh umNO , kita juga harus kecewa dengaan gaya perjuang Islam yang di bawa oleh sebahagian dari kalangan kita? apakah kita telah memahami adab dan disiplin dalam perjuangan Islam? saya bimbang di saat kelab penyokong yang ingin diperkasa di beri kefahaman perjuangan Islam.. .pendokong PAS sendiri jauh dari memahami perjuangan Islam.

Moga akan berlaku perubahan dalam m
eneruskan perjuangan PAS selepas muktamar ini. Moga kita ada identiti tersendiri dalam melakar perjuangan Islam di Bumi Malaysia. KETERLIBATAN KITA DENGAN PARTI LAIN BUKANLAH TIKET KITA MENJADI SEPERTI MEREKA. Kita hanya bersepakat dalam perjuangan , kita bukan satu parti dalam perjuangan. Identiti kita berbeza, teras kekuatan kita berbeza.... dan selamanya takkan serupa selagi ISLAM TIDAK DIJADIKAN TERAS PERJUANGAN MEREKA! namun tiada salahnya kita berjuang bersama mereka.

http://anaksengat.blogspot.com/

09 Jun 2009

Muktamar & Tukul

Muktamar baru sahaja berlalu, pertandingan pun sudah selesai, seperti biasa ada yang kalah atau ada yang menang, itu memang sudah adat pertandingan, dan yang pasti lagi, yang kalah sudah pasti kecewa, manakala yang menang pula akan gembira cuma yang kalah tu bagaimana mereka menzahirkan kekecewaan dia manakala yang menang pulak bagaimana yang menzahirkan rasa syukur mereka.

Hampir seminggu blog ini tidak di update kerana tak bawak laptop ke muktamar, bukan keranan apa cuma mahu menumpukan perhatian kepada muktamar walaupun sebagai pemerhati pada kali ini dalam tempoh 10 tahun, walaupun muktamar sudah berakhir dan pemilihan pun sudah berakhir namun sebagaimana biasalah walaupun sudah siap tapi tukul masih lagi berbunyi samada di bunyikan oleh individu yang kalah atau di bunyikan oleh 'juak-juak'nya. Apa yang menarik dalam muktamar kali ini ialah keputusan di umumkan awal, biasanya keputusan di umumkan pada hari terakhir, tapi kali ini di umumkan sebelum perbahasan ucapan dasar, saya cuba untuk menyelami kenapa ianya di buat begitu, mungkin kerana pimpinan tidak mahu ucapan perbahasan ucapan dasar menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan pemilihan sehingga mengganggu isi yang sepatutnya di bahas dan di ketengahkan, syabas di ucapkan jika itu sebagai tujuannya.

Walaubagaimanapun masih ada lagi perwakilan yang cuba untuk mengusik-usik persoalan itu, walaupun sepatutnya mereka berjiwa besar menerima kekalahan atau pun kemenangan, mungkin tidak dapat menerima kekalahan yang di terima oleh orang sokongan mereka ada yang berucap dengan ucapan yang tidak teratur, sebagai contoh wakil Kelantan YB Cikgu Wan Rahim....seorang yang berpengalaman dalam politik tetapi ucapannya bercanggah antara satu sama lain...pada awal ucapannya beliau memuji TG Nik Aziz ( TG suka atau tidak wallahua'lam), dan dalam cerita itu beliau mengkisahkan bagaimana hubungan TG dengan Dato' Zaid Ibrahim pemimpin UMNO kelantan, TG selalu ke rumah beliau, dan Zaid pun pergi rumah dia, tapi pada hujung ucapan beliau (mungkin nak sindir Ust Nasha yang di momok oleh blogger-blogger biadap sebagai pro UMNO) beliau kata UMNO ni tak boleh nak buat kawan, tak leh nak masuk dekat, habis tu yang TG buat tu apa?.ooooo itu TG lain....lain macamana, mana yang lebih teguh dan lebih kuat antara jamaah dan TG itu pun kalau betul ada perbincangan dengan UMNO, dan Tim Presiden dah nafikan.

Wakil Dewan Muslimat Dr. Halimah Ali, seorang exco, kali pertama saya dengar di berucap, tapi ini pun satu...cuba menyindir jugak dengan membawa cerita tentang seorang perempuan yang menegur Umar R.A. dan cuba untuk mengkaitan dengan teguran itu dengan wala'...dengan menyatakan bahawa umar tidak mempersoalkan tentang wala' kepada wanita itu apabila beliau menegur Umar.Dr Halimah.....Dr faham tak wala' itu apa? apakah bila tegur tu tanda tak ada wala'? itu lah masalah bila cuba bercakap tentang masalah ugama tanpa memahami persoalan yang cuba di ketengahkan itu. Ok saya bawak satu cerita masa perang Uhud...ada golongan yang tidak sempat menyertai perang Badar telah tidak bersetuju dengan Pandangan Rasulullah untuk menghadapai musuh dalam Kota Madinah semasa perang Uhud, adakah ini jugak di katakan tidak wala'..tidak!! bukan itu wala', wala' ialah kesetiaan kita terhadap pimpinan, tidak setuju atau menegur pimpinan bukan beerti kita tidak wala', yang di maksudkan dengan tidak wala' ialah meletakkan keyakinan serta thiqah kepada pimpinan lain dan bukan kepada kepimpinan Islam yang di pilih dalam jemaah Islam.

Senang kira macam ni..ada di kalangan pimpinan PAS yang masih lagi meletakkan wala' dia kepada kepimpinan JIM @ IRC @ Alami, walaupun mereka sudah menyertai PAS, mereka menjalankan agenda JIM @ IRC @ Alami di dalam PAS, mereka menganggap walaupun wakkil rakyat itu menang di atas tiket PAS namum menganggap bahawa itu adalah wakil rakyat JIM @ IRC @ Alami, mereka ada mesyuarat lain di kalangan mereka, dan apabila arahan kepimpinan PAS bercanggah dengan arahan kepimpinan JIM @ IRC @ Alami maka mereka mendahulukan JIM @ IRC @ Alami....Siapa?!! kalau USt Mad Awang tak sebut nama dalam muktamar baru ni, kenapa pulak saya nak sebut. itu sebagai contoh tidak wala' Dr.

Begitu juga bila ada arahan daripada TG Presiden dalam urusan Jamaah tiba-tiba bertentangan dengan kepentingan Anwar Ibrahim, maka kita mendahulukan kepentingan Anwar kerana mungkin Anwar dah janji jawatan menteri ke apa ke ...maka kita buang arahan TG Presiden, kita pakai arahan Anwar....itu maknanya tidak wala' kepada pimpinan..bukti...berapa ramai pimpinan dalam AJK PAS Pusat yang bermatian mempertahankan 16 September walaupun Jemaah tidak mengiktiraf perkara tersebut kerana tiada perbincangan dalam jamaah (Perakuan Naib Presiden masa itu Mohd Sabu)tapi sanggup mencerca mereka yang tidak menyokong 16 September walaupun yang tidak menyokong itu pimpinan...wala' puak-puak tu telah berpindah kepada Anwar bukan lagi Pimpinan PAS.....itulah Wala' Dr...bukan wala' ni dalam masalah boleh tegur tak leh tegur.

Hari ni saya dapat baca sikit blog-blog yang pro Dato' Husam dan Abg Mad sabu, maaf cakap saya rasa blog-blog ini sudah melampau keceluparannya, sudah hilang adab-adab sebagai seorang Islam, bermula dari sebelum muktamar lagi kecaman, nista kepada ustaz Nasha begitu hebat, sanjungan kepada Husam begitu hebat, Ust Nasha mendiamkan diri, menjawab pun tidak menyerang pun tidak dan sikapnya itu telah di jelaskan dalam sidang muktamar baru-baru ini. Sepatutnya blog-blog ni takpayah bising-bising lagi sebab blog-blog lain tidak pernah menyerang mereka, mengapa mereka masih lagi dengan serangan itu sehingga mentakwilkan kewibawaan Jawatankuasa Pemilih, itu sudah melampau.

Akhir sekali..sudah lah jangan dok terikut dengan perangai UMNO, kita rasa blog kita hebat, blog kita tepat, blog kita ramai pengunjung, tapi kita kena sedar perwakilan PAS lebih bijak dalam pertimbangan.

31 Mei 2009

AMANAH

Bicara kita pada kali ini ialah berkaitan dengan amanah, kerana dalam banyak perbincangan dan apa yang kita hadapi dua tiga menjak ini ialah berkaitan dengan amanah, bermula dengan kes di Perak, PRK-PRK yang datang bertalu-talu, semuanya itu berkaitan dengan amanah, walaubagaimanapun bicara kita pada kali ini ialah berkaitan dengan amanah kita di dalam jamaah yang kita sama-sama dokongi dan sayangi ini.

Kita sekali lagi dengan amanah, bermula dengan mesyuarat agung baru-baru ini, ada orang yang mendapat amanah, dan ada orang yang baru terlepas amanah, amanah yang di maksudkan ialah amanah kepimpinan, Rasulullah saw pun ada pesan bahawa kepimpinan ini adalah amanah, dan ianya merupakan penyesalan pada hari akhirat, Saidina Umar semasa syura berbincang siapakah yang akan menggantikan beliau sebagai khalifah, para sahabat bersepakat untuk melantik anaknya Abdullah bin Umar sebagai penggantinya, akan tetapi Umar menolak, kerana umar tidak mahu ada lagi di kalangan keluarganya akan disoal oleh Allah tentang amanah ini, atau mungkin umar merasakan bahawa masih lagi ada sahabat-sahabat yang kanan dan layak untuk jawatan ini, jadi mungkin kita boleh kiaskan dengan orang yang menolak untuk memegang amanah ini, atau mungkin Umar menyedari tahap kelayakan anaknya, lalu timbul persoalan di sini siapakah yang sepatutnya menilai kelayakan kita, kita sendiri atau orang lain?...kita tinggalkan persoalan ini.

Selepas perwakilan di peringkat cawangan menunaikan amanah memilih kepimpinan di peringkat kawasan, timbul pulak persoalan, boleh kah kita berkempen untuk memegang amanah, atau dalam kata lain berebut amanah, ada orang berhujjah dengan kata-kata fastabiqul khairat, cuma persoalannya adakah kata-kata itu boleh di kiaskan dengan kempen, mentang-mentang tuhan suruh berlumba-lumba maka kita pun berkempen, kalau tidak berkempen pun merancang untuk itu dan ini, ada orang memberitahu sepotong hadis..saya belum buat takhrij lagi dengan hadis ni dan belum tahu statusnya yang menyatakan bahawa barang sesiapa yang merasakan dirinya layak sebagai pemimpin maka beliau itu tidak layak, layak disini boleh di bahas dengan panjang, layak dari sudut kemampuan, layak dari sudut tidak ada orang yang lebih layak, layak dari sudut masa, layah dari sudut kewangan, layak dari sudut semua sekali...adakah kita termasuk dalam golonganyang layak...jika kita rasa kita memang layak semua...maka kita belum layak lagi.

Salah satu agenda dalam Mesyuarat Agung Kawasan ialah mencalonkan jawatan-jawatan tertinggi di dalam parti, bermula dari presiden sehingga kepada pemeriksa kira-kira, samada cawangan menyerahkan kepada AJK kawasan atau sebaliknya...ianya pasti adalah satu amanah daripada jamaah, cuma yang belum pasti perwakilan yang di pilih oleh mesyuarat agung kawasan itu...akan menunaikan amanah atau tidak, amanah dari cawangan, amanah dari kawasan, atau kita menjadi seperti UMNO, bahagian mencadang orang lain, perwakilan mengundi orang lain...kalau begitu sikap dan perangai kita leboh baik jadi UMNO, kalau amanah yang di berikan oleh cawangan atau kawasan kepada kita untuk memilih calon yang di cadangkan oleh cawangan atau kawasan kita gagal tunaikan...baik tak payah minta jadi perwakilan, untuk menconteng kertas undi di peringkat parti pun kita tidak boleh tunaikan amanah ahli...macamana nak jadi wakil rakyat.!!!??

Selepas itu ada yang terpilih menjadi jurucakap...biasanya badan perhubungan yang putuskan dan isi kandungan ucapan ada di bincang di peringkat perhubungan, masalahnya, apakah juru cakap itu boleh memikul agenda perhubungan, atau juru cakap itu mengambil peluang untuk menyuarakan suara-suara sumbang yang datang dari belakang melebihi amanah yang di berikan oleh perhubungan, kerana belaiu membawa inspirasi perhubunagn bukan inspirasi diri dan klik-kliknya (jika ada) maka sekali lagi amanah ini mesti di pikul dan di tunaikan dengan sebaiknya.

Bukan nak berleter jauh sekali bersyarah, tapi bila memikirkan tentang amanah ini, terasa gerun di hati apabila ada orang yang menggambil amanah ini untuk kebanggaan dan kemegahan, lebih memeritkan lagi apabila amanah ini di jadikan batu loncatan untuk menghina dan mengutuk orang lain. akhir sekali peringatan kepada harakahdaily.net....mengapa turut sama berkempen??!!! apa penulis ini harakahdaily ni hang yang punya...itu jemaah yang punya...bukit? baik...
1. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20997&Itemid=1
artikel ini di hujung sekali sudah isytihar Ust Nasha sebagai Naib Presiden...apa ni salah taip ke atau memang mensalah taipkan.

2.http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21004&Itemid=1
Apa hubungan penupis dengan Mujahid...kempen menager ke?...satu kenyataan yang paling tidak adil kepada pimpinan yang lain..Dr hassan Ali dengan Lujnah Antara Budaya sebagai perintis kenapa tak sebut...pimpinan-pimpinan lain berlambak lagi yang berjasa....ni kalau nak kempen mujahid jangannampak sangat mentang-mentang kita keje di harakah, kita guna harakah.

dua contoh di atas sebagai penggulungan kepada tajuk hari ni AMANAH

21 Mei 2009

Al Fatihah Untuk Pak Su Weil Manek Urai



ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.


Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

18 Mei 2009

Alahai UMNO...



Sekali sekala apabila kita menjengah ke dalam politik UMNO BN ni kadang-kadang menggelikan hati, kadang-kadang kita merasakan apakah UMNO ni hidup di dunia yang lain…apakah pemimpin mereka tidak tinggal di Malaysia, kerana apa yang mereka lakukan sekarang ini sudah lari jauh dari kehendak rakyat, jauh dari slogan yang merek laungkang, jauh hari matlaamt yang mereka letakkan, sehingga kita merasakan mereka semua ini sedang main pondok-pondok, bukan memerintah negara.


Kita ambil beberapa contoh:-

Pertama : BN DAK WA MEREKA TIDAK MENGATUR KEPUTUSAN MAHKAMAH Apabila YAB DSMN di istiharkan sebagai menteri besar yang sah oleh mahkamah tinggi pada 7 Mei yang lalu, semua penyokong PR begitu gembira, manakala penyokong BN ‘moyok’ macam ayam kalah berlaga, najib mengeluarkan kenyataan meminta supaya semua penyokong BN bertenang, pada besok hari 8 Mei Zambry memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan supaya mahkamah itu menagguhkan pengisytiharan DSMN sembagai MB Perak yang sah, pemohonan masuk pukul 9.00 pagi, kes di dengar lebih kurang pukul 11 pagi, keputusan pukul 1….wow semua terkejut…apa ni UMNO main belakang ke? Orang UMNO kat kedai-kedai kopi cakap …issshhhh mana ada …ini kan kes mustahak tentulah kena percepatkan….. kemudian bila DSMN memfailkan rayuan untuk mengenepikan rayuan Zambry…tiba-tiba tak boleh macam Zambry dapat?...kenapa sampai beberapa hari? Kenapa sepatutnya hari ini 18 Mei dan di pinda pulak kepada hari khamis ni 21 Mei….kes yang sama kalau kita kata apa yang di bawa oleh Zambry itu penting dan mustahak…apa yang salah dengan Rayuan DSMN ini pula? Kan kes yang sama?
Dah la UMNO….. jangan dok temberang rakyat lagi la….rakyat sekarang ni rakyat yang belajar, bukan macam zaman dulu lagi, rakyat sekarang ni rakyat yang reti menilai….yang tak reti tu ialah rakyat yang tiada maruah diri, pekak badak….tak payah kita beralasan lagi dah memang mahkamah di atur oleh UMNO…UMNO dah rogol Mahkamah….. mana penjelasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tentang perkara ini…kenap perbicaraan yang menguntungkan UMNO boleh di buat dalam masa sehari….cukup masa pulak hakim….pegawai-pegawai di Mahkamah Rayuan cekap pulak hari tu??? Bagi sikit alasan rakyat nak dengar ni…bila rakyat buat apa-apa tuntutan sebagai contoh ibu bapa Nurin Jazlan, kanak-kanak yang di bunuh kejam tempohari telah tampil meminta keadilan di mahkamah dengan mendakwa pihak polis kerana gambar post mortem anaknya boleh tersebar di internet…kesedihan yang di ratapi oleh bukan ibu bapanya sahaja bahkan seluruh Malaysia tiba-tiba ada pihak yang dapat untuk dengan memperdagangkan gambar post mortem anaknya…sehingga sekarang ini tiada pendakwaan??? Mana kecekapan pihak Jabatan Peguam Negra? Mungkin kerana….kes Adin Nurin tidak menguntungkan UMNO maka lambat-lambat pun tak apa????

KEDUA : One Malaysia
Slogan baru ciptaan Najib …rakyat di utamakan semuanya adalah rakyat…Mahyuddin ketika mengulas kes Perak menyatakan bahawa kepentingan rakyat di utamakan…lagi satu pening…kadang-kadang saya terfikir..pemimpin UMNO dah sasau ke macamana?
Jika sekiranya Rakyat di utamakan mengapa kes Perak ini tidak di kembalikan kepada Rakyat..kenapa memaksa rakyat menerima apa yang mereka telah nyatakan bahwa mereka tidak suka…ooo merek jawab…ada yang suka..baik kalau ada yang suka dan ada yang tak suka…kenapa tak kembalikan kepada mereka supaya merek dapat memilih dan menentukan yang mana satu pilihan mereka. Susah sangat ke macam tu??? Payah sangat ke UMNO??? Sehingga nak buat pilihanraya pun payah….ooo membazir duit rakyat!!!! Sejak bila UMNO ingat pasal pembaziran? UMNO dok mentekarah duit rakyat sejak 50 tahun lamanya berapa banyak projek gajah putih yang UMNO buat..kat Besut sekarang ni…boleh atur projek membazir yang di lakukan oleh UMNO
1) Pasar Jertih ( dah berapa kontraktor dan bila nak siap pun tak tahu)
2) Medan Selera (Depan Balai Polis Trafik….JKR Tak lulus, dah bertukar kontraktor berapa kali pun tak tahu sampai sekarang tak boleh guna)
3) Jejantas depan SK Padang Luas ( Nak siapkan tu entah berapa kali tender di keluarkan)
4) Taman Ilmu di Dendong (Ratusan Juta….MB Terengganu kata…nak bina macamana orang tak mari tengok pun….sampai sekarang tak tahu kemana penghujungnya)
Itu kat Besut sahaja…..kat lain tak cakap lagi..berapa banyak ketirisan yang berlaku seluruh negara…bukankah itu pembaziran….
Tiba-tiba bila nak kembalikan hak kepada rakyat….UMNO kata membazir…membazir bila tidak menguntungkan puak-puak UMNO…bila untuk kepentingan rakyat…hak rakyat…unsur-unsur membazir di ungkitkan

Ketiga : PRK Penanti. Baru sekejap UMNO/BN dan isytihar bahawa mereka tidak akan meletakkan calon dalam PRK Penanti dengan alasan bahawa perletakan Fairus tempohari adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, maka mereka tak mahu melibatkan diri dalam masalah tersbut.
Ini pun lucu…bilakah masanya parti politik boleh di pisahkan daripada rakayat…bila masalah yang timbul dalam satu-satu parti itu melibatkan kepentingan rakyat, maka hak itu mesti di kembalikan kepada rakyat, begitu juga bila masalah itu melibatkan kepentingan Ahli sesebuah parti maka mestilah di kembalikan kepada ahli parti yang menentukan sebab itulah dalam mana-mana parti politik dia ada Kongres KHAS, Perhimpunan KHAS, Muktamar Khas.
Bila masalah yang melibatkan Fairus tempohari melibatkan kepentingan rakyat maka hendaklah di serahkan kembali kepada rakyat..itu pun Najib tak faham ke? Apa la punya PM…tak dak akai ke!?
Tapi sebenarnya UMNO /BN sudah takut..macam orang yang sudah tahu ajal mereka …pasti mereka sudah gabra sekarang lebih-lebih lagi dok ingat dosa yang di lakukan..macamana nak jawab soal kubur, macamana nak jawab depan Allah …begitu juga pemimpin UMNO..mereka dok fikir dah macamana nak jawab depan Rakyat nanti jika mereka kalah….dosa mereka kepada rakyat terlalu banyak…..berapa banyak kes-kes lama tak selesai….BMF, Maminco…tu yang lama-lama….yang baru banyak lagi, Tabung Haji, Bank Islam, hoiiii banyak hoooiii tak terjawab la UMNO, tu belum asuk UMNO negeri lagi, UMNO Bahagian lagi, UMNO cawangan lagi…..banyak-banyak tu yang mereka dok serabut ni, duduk tak kena, berdiri tak kena, tido tak kena, berjalan tak kena, berlari tak kena, mandi tak kena, semua sekali la tak kena.

Wahai penyokong-penyokong UMNO…..Insaflah UMNO dah lama khianati rakyat.

16 Mei 2009

Tazkirah Muktamar & Mesyuarat Agung



Islam mengajar kepada penganutnya supaya tidak menuntut jawatan untuk kepentingan dirinya lebih-lebih lagi apabila melakukan kempen dan juga menubuhkan klik-klik atau puak-puak yang menuju kearah itu walaubagaimanapun apabila diberikan jawatan, sedangkan dirinya tidak mampu untuk melaksanakannya, maka muslim itu tidak boleh menerimanya melainkan apabila majority ramai telah menentukan kepadanya. maka wajiblah muslim itu melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.


Seseorang itu seharusnya menyedari akan kemampuan yang ada pada dirinya, sebagai contoh apabila sesorang itu telah tidak mampun melakukan tugas yang telah di amanahkan kepadanya seperti gagal membentuk jawatankuasa, gagal hadir atau hadir 3 kali sahaja kemesyuarat-mesyuarat yang telah di tentukan dalam pentadbiran yang lama, maka dia sepatutnya melakukan muhasabah terhadap dirinya adakah dia mampun menerima jawatan yang di tawarkan atau sebaliknya walaupun majoriti ramai menentukan kepadanya.

Apabila si muslim yang diberikan jawatan tadi terlewat atau lambat dalam melaksanakan tugas maka dia perlu dibantu.Sekiranya dia melaksanakan tugas yang telah diserahkan kepadanya maka ia mendapat ganjaran.

Firman Allah SWT:
تِلْكَ الدَّارُ الآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الأرْضِ وَلا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.
( Al-Qashsas 83 ).

JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB

Sabda Nabi SAW:
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Daripada Abdul Rahman bin Samrah, daripada Nabi SAW “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.

Sabda Nabi SAW:
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام "إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki anak pamanku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang berkeinginan memperolehnya

Sabda Nabi SAW :
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

Apabila seseorang itu menghendaki sesuatu jawatan, sedangkan dirinya tidak layak untuk jawatan tersebut, maka dia berdosa dan apabila seseorang itu menolak sesuatu jawatan sedangkan ia mampu untuk memikulnya maka ia berdosa kerana menolaknya.

Sabda Nabi SAW:

من استعمل رجلا على عصابة وفيهم من هو أرضى لله منه فقد خان الله ورسوله والمؤمنين
Sesiapa yang melantik seseorang lelaki keatas sesuatu kumpulan, sedangkan ada dikalangan mereka orang lain yang lebih diredhai Allah maka dia sudah mengkhianati Allah dan rasulnya dan orang-orang yang beriman.

Sabda Nabi SAW ini amat tegas bahawa mestilah dilantik atau dipilih orang yang paling diredhai Allah mengikut ukuran agama, bukan disukai orang ramai dan sebagainya.

Kesimpulan.

Beberapa perkara yang seharusnya menjadi penduan kepada kita

1) Tidak boleh meminta jawatan. Lebih-lebih lagi berkempen. (kecuali dalam menentang golongan yang menolak Islam..yang tu jadi wajib pulak)

2) Mesti menyedari keupayaan diri, setakat mana kemampuan yang ada, samada dari sudut pemikiran, masa.


3) Menerima jawatan yang diberi sebagai tanggungjawab bukan semata-mata untuk menjatuhkan seseorang atau berbangga dengan keupayaan diri.

4) Menerima jawatan dengan menghindari perasaan bahawa hanya aku sorang yang hebat dan kuat pengaruh.


5) Menerima dengan menyedari bahawa ianya adalah Amanah dan di akhirat kelak sebagai penyesalan (jika gagal menunaikannya)


Mudahan Allah memberikan petunjuk kepada kita semua

10 Mei 2009

Kepimpinan Ulama dipertikai, PAS Terengganu mula berubah?.... Sangkaan yang meleset



Rupanya apa yang berlaku di Besut telah berjaya menarik ramai jugak orang untuk mengulasnya dengan cuba untuk mengaitkan dengan apa yang berlaku di negeri Terengganu, dengan gambaran bahwa yang berlaku di Besut ini adalah merupakan titik tolak kepada perubahan di negeri Terengganu, walaupun setakat yang di ketahui setakat ini hanya Besut sahaja yang bertukar YDP. Tulisan Suhaimi telah di paste ke Bolg YB idham Lim ,
adalah sesuatu yang mengejutkan juga, kerana dalam kekalutan isu di Perak Yb Idham boleh mencelah dengan isu yang berlaku di Terengganu,


dan Kisah di Besut di gambarkan oleh Suhaimi adalah sesuatu yang telalu menarik, saya tidak mahu mengulas tentang apa yang berlaku di Terengganu secara keseluruhan kerana setakat yang di ketahui sehingga ke hari ini, hanya Besut dan Marang sahaja yang bertukar YDP, Besut Dato’ H j Husain Awang kepada Ust Wan Azhar, manakala Marang Ust Hassan Salleh kepada Tuan Haji Yahya Ali yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, manakala kawasan-kawasan lain tetap kekal dengan YDP yang sedia ada, Kemaman Masih lagi Abg Wil, Dungun Ust Wan Hassan, Hulu Terengganu Ust Harun Taib, Kuala Nerus Ust Abu Bakar Abdullah, Setiu Ustaz Fauzi,

Saya cuba untuk melihat perubahan di negeri Terengganu manakah yang di maksudkan oleh Sdr Suhaimi ini, tambahan pulak tajuk yang di berikan itu di rangkaikan bersama dengan Kepimpinan Ulama Di Pertikai…saya masih lagi samar dengan maksud dan kenyataan Suhaimi ini,

Walaubagaimanapun ingin jugak di sebut di sini tentang apa yang berlaku di Besut kerana mungkin itu yang menjadi asas beliau yang utama apabila menyebut tentang perubahan ini, sebagaimana yang kita semua tahu bahawa perubahan ini ada banyak sudut, perubahan dari baik kepada tidak baik, perubahan dari tidak baik kepada baik, perubahan dari baik kepada yang lebih baik. Ust Wan Azhar boleh jugak di katakan sebagai tokoh nasional, sumbangan beliau di Sabah suatu masa dahulu banyak di perkatakan orang, beliau jugak di berikan jawatan penting yang munasabah dengan keadaan beliau sebaik sahaja beliau kembali ke Besut, kemudia selepas daripada itu beliau telah bertukar ke Negeri Sembilan, dan pada penggal lepas beliau adalah setiausaha PAS Kawasan Jempol, Negeri Sembilan, dan sehingga ke hari ini beliau masih lagi bertugas di Negeri Sembilan.

PAS Besut, sebagaimana yang telah di ketahui ramai telah di gantung pentadbirannya oleh PAS Pusat, dan pergantungan itu telah tamat pada tahun 2000, selepas daripada PAS Terengganu mencapai kemenangan, sejak dari itu PAS Terengganu di urus tadbir oleh beberapa kerat yang mungkin telah di lihat sebagai tidak mampu lagi menyaingi kehebatan dunia pada hari ini, mungkin sudah hilang dinamiknya atau momentumnya sudah tidak ada. Maka sebab itu barangkali pertukaran itu harus di lakukan, bukan kerana tua kerana yang veteran hanya seorang, ( Dato’ Hj Husain Awang) yang sebelum dari Mesyuarat Agung telah menyatakan bahawa beliau akan berundur, yang lain masih lagi sebaya dan setara, tapi mungkin kerana sudah 9 tahun menguruskan PAS Besut telah di anggap lama oleh sesetengah pihak.

Pemilihan di Peringkat PAS Besut, adalah di cadangkan secara syura, akan tetapi yang berlaku adalah pengundian selepas pengundian, selepas perwakilan memilih 20 orang AJK, maka 19 orang Jawatankuasa, sekali lagi melakukan pengundian, bagi penulis ianya bukan syura kerana mengundi selepas mengundi, tak apa la sudah itu kehendak ajk baru maka itula jadinya, saya tidak berhajat untuk menuduh adanya komplot dan sebagainya, akan tetapi ada beberapa perkara yang di lapaorkan ‘ seolah-olah’ terancang. Kertas untuk pengundian di kalangan AJK telah di sediakan sebelum cadangan bagaimana syura itu harus di lakukan, sebaik sahaja pengrusi tetap membuka perbincangan bagaiamana pemilihan harus di buat maka, terus di kemukakan cadangan supaya bertulis, dan kertas di edar dengan segera…..walaubagaimanapun tidak menjadi masalah kerana jawatan itu amanah Allah yang harus di pikul, sebagaimana yang di sebut oleh TGNA kita kena tengok diri kita adakah kita layak atau tidak untuk itu..

Cuma apa yang saya mahu gambarkan di sini bahwa pertukaran kepimpinan di Besut boleh di katakan (pada pandangan saya) bukanlah merupakan gambaran kehendak semua ahli, kerana kepimpinan yang lama juga berada di dalam jawatankuasa yang terpilih itu… jadi bagi saya apa yang cuba di gambarkan oleh Sdr Suhaimi bukan lah sesuatu yang boleh di jadikan asas kepada perubahan yang di dakwakan itu.

09 Mei 2009

Individu Ulama' & Institusi Ulama'

Tuang Guru Presiden Bersama dengan Burhanuddin Rabbani di Tehran baru-baru ini

Bukan untuk menyanggah…jauh sekali untuk berdebat namun saya fikir di sana masih ada ruang untuk saya yang berpandangan kolot dan terbelakang (orang kata la) untuk mengeluarkan sedikit pandangan dan ulasan tentang polimik yang sedang berlaku dan hangat di perkatakan sekarang, jangan sesiapa hendak menyalah tafsirkan keadaan yang berlaku ini, di dalam PAS perkara ini biasa, berhujjah dan mengeluarkan pendapat adalah sesuatu yang amat sihat, sahabat-sahabat dari kalangan UMNO jangan cepat bertepuk tangan dengan menyatakan bahawa PAS sudah berpecah, jangan cuba…hatta terlintas dalam hati pun jangan, kerana perkara seperti ini amat biasa di dalam PAS di semua peringkat..di dalam PAS tidak ada konsep ‘MENTAQDISKAN’ pemimpin …apa makna taqdis? (cari sendir dalam kamus..atau tanyalah ulama’) tidak pernah sekalipun dalam hidup ini kita terdengar laungan Hidup Yusof Rawa!!, atau Hidup Fadhil Nor!! atau Hidup Hj Hadi!! atau Hidup Nik Aziz!! namun kita amat kerap mendengar Hidup Mahathir!! Hidup Pak Lah!! Dan Hidup Najib!! Itu bezanya PAS dan UMNO.



Perkara yang ingin di bincangkan bersama kali ini ialah berkenaan dengan Institusi Ulama’ dan Individu Ulama’, sehingga ada yang menyatakan

"Apa yang penting bukan ulama secara individu yang dipertahankan sebaliknya institusi ulama itu sendiri. "Majlis Syura Ulamak memberi segala panduan mengenai dasar parti biar pun kuasa eksekutif berada di tangan Presiden, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.

Bukan untuk menafikan kebenaran kenyataan ini, sementelah lagi siapa saya untuk menafi dan memepertikaikan ucapan pimpinan, kerana mungkin kefahaman kita tentang perjuangan dan dasar-dasar PAS ini jauh lebih cetek dari fahaman yang di fahami oleh pimpinan, kita hanya bekas pimpinan di kampung, namun ada beberapa perkara sahaja yang saya ingin sebut mudahan boleh meluaskan pernyataan di atas itu.

1- Bagaimana Institusi Ulama’ itu boleh terwujud tanpa individu yang Alim, dengan memahami konsep Majlis Syura PAS, namun jika sekiranya kuasa eksekutif yang ada pada tangan ulama’ pada hari ini sudah pandai di takwil dan di tidakkan oleh sesetengah golongan, maka tidak mustahil jugak suatu masa kelak, Majlis Syura Ulama’ PAS hanya cukup sekadar di sertai oleh 3 orang ulama’ yang Faqih, Alim dan menepati ciri-ciri ulama, kerana alasannya buat apa ramai-ramai ulama’ dalam Majlis Syura, kan ulama’ sebagai rujukan..nak rujuk 2,3 orang tak apa, maka tidak mustahil kehadiran ulama’ di dalam Majlis Syura akan di takwilkan satu masa kelak…..Ala Ustaz takkan sampai macam tu…tak kan tergamak orang buat macam tu pada ulama’… 10-20 tahun lalu, ada orang terlintas atau tidak akan berlakunya keadaan seperti ini?, dalam masa keadaan PAS di tohmah dan di nista…semuanya bergantung kepada Ulama’, Majlis Syuranya dan eksekutifnya…apabila sudah kuat maka ooooo pemimpin PAS tidak semestinya ulama’…kerana yang mustahak dan penting ialah institusi dan bukan Individu.

2- Siapakah yang lebih faham ulama’ ? ulama’ sendiri atau bukan ulama’, perbincangan yang berlaku sekarang ialah tentang kerusi no 1 & 2 jemaah, atau dalam erti kata lain mereka yang akan melaksanakan padangan dan keputusan Majlis Syura Ulama, melaksanakan dalam erti kata memahami apa yang tersurat dan tersirat dari setiap pandangan dan pengarahan Majlis Syura Ulama’, …….alah ustaz bukan payah sangat nak faham arahan Majlis Syura Ulama’…cakap je la kami faham, kami bukannya bodoh sangat samapai nak faham Arahan Majlis Syura, bukan kami tak pernah di tarbiyyah…usrah kami masa dalam IRC dulu pun kami yang jadi naqibnya. Mungkin betul apa yang di cakapkan itu, tetapi apakah pemahaman itu sebenar-benar kefahaman, takkan setiap kali Majlis Syura keluarkan pandangan dan arahan mesti di attach dengan nota-nota usul fiqh, qawaid Fiqhiyyah, Salinan tafsir Qurtubi, Salinan Tafsir Ibn Kathir, atau Syarahan Imam Nawawi terhadap Sahih Muslim, atau pun terjemahan pandangan–pandangan ulama’ khalaf dan salaf terhadap satu-satu perkara. Ala ustaz kan dah banyak terjemahan-terjemahan..kami boleh baca la semua tu….kalau macam tu..kenapa kita nak cari orang terpaksa baca terjemahan daripada orang yang memang sudah tahu.

3- Ulama pun boleh menyumbang kalau tak jadi pemimpin pun, begitu juga yang bukan ulama’ sudah banyak tempat-tempat penting telah di berikan kepada bukan ulama’, tidak boleh menyumbang lagi kah? Tidak cukup berkesan lagi kah? Jika pengurusan atau penampilan PAS tidak berkesan…apakah itu salah ulama’ yang ada di atas…bukankan Setiausaha Agung, Lujnah Pemerkasaan Parti sudah ada yang boleh menasihat dan menjalankan tugasan tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak. Atau mahu bicangan tentang hala tuju PAS..kabur ke tak kabur ke…. Pusat penyelidikan PAS Pusat… boleh buat cadangan…. Kesemua itu ialah tempat-tempat yang di beri amanah untuk kita menyumbang….Naib-naib presiden..tak kira sapa…. Abg Mad Ke, Dato’ Husam Ke, Ustaz Mad Awang ke? Bagaiamana sumbangan kita? Adakah kita tersekat dalam memberi sumbangan atau macamana? Walaupun laporan kerja yang di lakukan oleh Naib Presiden tidak di sertakan dalam Muktamar…namun ahli mahu melihat..apakah Abg Mad memerlukan jawatan Timbalan Presiden baru boleh buat kerja? Atau Dato’ Husam jadi Timbalan Presiden baru boleh menentukan hala tuju PAS..sekarang sebagai Naib Presiden tak boleh? Ada sekatan? Atau kita yang menyekat diri kita, adakah kita pernah bermuhasabah adakah sumbangan kita setara dengan TG Haji Hadi semasa beliau jadi Naib Presiden dulu bagaimana beliau boleh membentuk fenomena Islamic bukan sahaja di kalangan masyarakat akan tetapi di kampus-kampus dalam dan luar negeri…. Begitu kuat arus yang di bentuk olehnya….hinggakan pada waktu itu hampir menenggelamkan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan Presiden…ada TG H Hadi Cabar ustaz Fadhil sebagai Timbalan Yang Di Pertua? Tidak pernah kerana beliau boleh tetap menyumbang walaupun tidak memegang jawatan Timbalan Presiden atau Presiden….Sekarang?? …….ala ustaz jangan kita Hj Hadi…dia kuat masa tu…pangaruh dia kuat….arus tu pun bukan dia bentuk…..orang lain ada jugak…..Dah kalau kita sedar kita tak kuat kenapa nok ‘tebeng’…. Dah kita tahu pengaruh kita kurang….tunggu la dulu…..walau pun dia bukan membentuk arus tersebut….tapi dia penyumbang terkuat dalam menggelorakan arus tersebut….kita? arus apa yang kita bentuk…..gelora apa yang kita kuatkan…arus ulama tak leh jadi pemimpin…gelora bukan individu ulama’ yang kita pertahankan tapi intitusi ulama’

Sebenarnya tidak sayugia saya menulis demikian..cuba untuk menyanggah kepimpinan…..orang yang melukut di tepi gantang cuba untuk mentakwilkan beras siam wangi yang ada dalam cupak… tidak munasabah walaubagaimanapun tanpa yang melukut ini orang tak akan tahu bahawa yang dalam gantang itu adalah beras siam kerana dengan yang melukut inilah orang boleh melakukan perbezaan…..oooo yang ni melukut je…yang tu baru beras….


07 Mei 2009

Rakyat!!! Berfikir lah-Malaysiakini



Melihat kepada senario yang sedang berlaku di Perak pada hari ini, banyak perkara yang menjadi persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di negeri mana pun mereka berada, persoalannya apakah negara kita ini benar-benar di perintah oleh orang yang jujur, jujur dengan semua perkara bermula dengan pengagihan buku teks di sekolah, pembahagian baja di kampung-kampung sehingga kepada pengagihan kuasa di peringkat tertinggi, mungkin kalau cerita tak adil bahagi baja pun kalau sampai ke negara-negara luar yang lain mereka boleh ketawakan kita…inikan pun macamana kalau mereka tahu bagaimana cerita hari ini…bermula dari kononya menteri besar sehingga yang bergelar Duli Yang Maha Mulia.


Tulisan ini bukan sekali mahu menghina institusi di Raja, akan tetapi tulisan ini mahu mengajak keseluruhan rakyat Malaysia dari yang merempat di tepi-tepi jalan sehingga yang sedang bersemayam di Istana-istana, persoalan sekarang ini ialah jujurkah kita, kejujuran adalah perkara yang datang dari hati, tiada siapa di dalam dunia ini yang tahu samada seseorang itu ikhlas atau pun tidak, walaubagaimanapun ia dapat di nilai samada dengan perbuatan, sikap dan pertuturan kita, walaupun kekadang lihat menyatakan bahawa kita ini jujur akan tetapi bukan bermakna bahawa kejujuran itu benar-benar wujud dan ada. Walaubagaimanapun kejujuran itu wajib di tunjukkan bagi menafikan segala kepalsuan yang lain.

Hari ini kita bertanya adakah pemerintah hari ini jujur? Walaupun pasti ada orang yang menyatakan bahawa dia sudah tahu setakat mana jujurnya pemerintah ini lebih dari 50 tahun yang lalu, namun hari ini teringin sangat untuk saya nukilkan semula persoalan ini. Setelah lebih 50 tahun BN memerintah negara ini adakah mereka jujur dengan rakyat yang memberi mandat kepada, atau mereka hanya bercakap bahawa mereka jujur tapi sebenarnya mereka telah mengkhianati rakyat.
Kita tak mahu berbicara tentang pengkhianatan mereka ketika membahagikan baja, atau ketika mereka membahagikan beruk subsidi, atau ketika dalam mesyuarat JK Penimbaang Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sudah pasti dan telah terbukti pasti bahawa mereka telah tidak jujur dengan tugasan mereka itu….itu cerita la…cerita yang sudah lali dan sudah ‘cemuh’ untuk di cerita dan untuk di dengar ceritanya…kerana ketidak jujuran BN dalamperkara itu sudah bertradisi sejak berdekad-dekad lamanya. Apa yang kita nak bicarakan pada hari ini ialah…Kejujuran pemerintah sekarang ini dengan undang-undang dan peraturan yang mereka sanjung dan mereka gubal? Bukan kejujuran dengan rakyat….biarkan lah kisah mereka dengan rakyat.

UBN adalah pemerintah Tanah Melayu sehingga ke Malaya, kesemua peraturan yang di buat di negara ini adalah rekaan dan ciptaan mereka, kecuali beberapa enakmen di Kelantan dan Terengganu yang di buat oleh PAS, yang lain semua di buat oleh UBN…tiba-tiba hari ini kita melihat mereka telah gagal jujur dengan peraturan dan undang-undang yang mereka cipta dan reka ini, akibat dari itu mereka telah turut mengheret sama orang lain supaya tidak jujur,
Polis! Di tengah-tengah rakyat di riuhkan dengan kematian 2 orang yang mengandung akibat perbuatan ragut dan juga di gemparkan dengan berbagai kes-kes jenayah, amuk, rogol lacur dan segala perkara yang tidak pernah tergambar oleh kita, Di sebalik Sharlini yang belum di jumpai…tiba-tiba polis cukup anggota untuk mengepung Bangunan DUN Perak, cukup anggota untuk mengepung kawansan 500 meter dari Bangunan Dun, cukup anggota untuk mengheret YB Sivakumar secara paksa dan kekerasan dari kerusinya sebagai Speaker…..apa benda ni….rakyat di belenggu ketakukan, ibu bapa jadi bimbang jika terlewat 15 minit untuk ambil anak di sekolah, rumah-rumah yang telah di bungkus dengan Besi pun tidak terjamin selamat dari penecerohan dan rompakan..tiba-tiba bila ada hal yang berkaitan dengan mempertahankan BN tiba-tiba polis jadi cukup, bila nak tangkap pimpinan PAS polis jadi cukup, sanggup belanjakan belasan juta RM untuk pertahankan BN…..lepas tu keluarkan kenyataan berhelah untuk membohongi rakyat seperti di Batang Ai tentang kejujuran polis…..dah la, cukup la…saya bukan cakap kepada Ketua Polis Negara, Bukan kepada OCPD-OCPD atau Ketua-ketua Polis Negeri, saya cakap ni kepada Konstable- Konstable, Kopral-kopral, Sarjan-sarjan….sampai bila kita akan macam ni, makan duit rakyat untuk memukul rakyat, menangkap rakyat….dan Menzalimi rakyat.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku! Ampun Tuanku Beribu ampun.

Bukan tujuan patik untuk mengajar tuanku, jauh sekali untuk menghina tuanku, tapi patik harap tuanku sedar bahawa kadang-kadang sayup-sayup patik sudah terdengar rakyat berkata ..apa la Bodoh punya raja, apa la raja ni sekolah ke tak, celaka punya raj, betap sedihnya patik bila terdengar perkara demikian, bila patik dekati semuanya membisu, tapi sudah ada rakyat yang berani berkata demikian kepada raja mereka, adakah mereka menderhaka?! Atau tuanku yang tidak hormati hak mereka, jika cerita di Perak sebagai contoh dan tauladan…mengapa Tuanku Sultan Perak tidak boleh jujur kepada rakyat Perak, mengapa tidak boleh berlaku adil kepada semua rakyat..kenapa hanya adil kepada BN? Adakah tuanku mahu hanya BN sebagai rakyat tuanku? Sedangkan tuanku tahu bagaimana BN lakukan kepada Tuanku pada 1993 dahulu.
Kejadian di DUN Perak pada hari ini menyerlahkan lagi ketidak adilan Tuanku Sultan Perak, kenapa Tuanku tidak cuba untuk menyelesaikan Krisis tersebut dari waktu pagi lagi, mengapa tunggu selepas Speaker V Sivakumar di seret macam anjing oleh polis baru Tuanku nak masuk ke dalam Dun, kalau tuanku memang berniat mahu membela BN sahaja…patik cadangkan tuanku turun tahta, sinsing lengan bertanding dalam Pilihanraya, jadi calon BN, tuanku boleh ajak sesiapa sahaja di Perak untuk cabar Tuanku dalam pilihanraya, Tuanku Boleh cabar Nizar, Ngeh, atau Sivakumar, amat tidak aci jika sekiranya tuanku berselindung di sebalik tahta kemudian bertindak tidak adil kepada ADUN PR atas nama TAHTA,

Ampun Tuanku Beribu ampun.

Rakyat sekarang sudah jarang berjiwa Hang Tuah, tapi amat ramai sekarang yang berjiwa Hang Jebat, “Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sangggah” itu kata Dato’ Laksamana Hang Jebat, itu la sekarang yang sedang membara di dada-dada rakyat, patik bimbang jika bara itu mencetuskan gunung berapi , masa itu tiada siapa lagi yang dapat menghalang, sudah acapkan perkara ini di sebut oleh rakyat, diulang oleh jelata, patik bimbang ianya akan jadi kenyataan.
Justeru itu, jujurlah!!! Jujurlah kepada Rakyat, Jujurlah kepada Peraturan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak, ingat Doa semasa khutbah kedua walaupun di aminkan oleh seluruh rakyat belum pasti dapat menyelamatkan kita dari neraka, orang yang pernah di kapankan dengan Jubah Rasulullah pun kekal di dalam neraka, inikan pula kita yang tidak jujur kepada rakyat dan peraturan yang kita buat sendiri
Ampun Tuanku Beribu ampun.
Pohon patik bubarkan Dun sebagai lambang kejujuran tuanku terhadap rakyat dan undang-undang.

UMNO/BN!! Kamu rasa kamu sudah menang hari ini?!! Kalau rasa PR sudah tewas hari ini?!! Aku cadang malam ini kamu keluar berjumpa rakyat dengar apa rakyat kata, bukan rakyat itu kontraktor-kontraktor yang sentiasa menjelirkan lidah mereka di depan kamu, bukan ketua-ketua cawangan UMNO yang macam kerang busuk setiap kali kamu berjumpa, tapi rakyat sebenar di bawah, kamu boleh jumpa mereka di kedai-kedai kopi berkecuali, cikgu-cikgu, pegawai-pegawai….suri-suri rumah…tidak aku jumpa manusia yang paling busuk dan jahat di atas muka bumi ini, selain dari pemimpin UMNO..Demi Allah Aku doakan Kecelakaan bagi mereka selama-lamanya.

30 April 2009

Bukan Bodoh Lagi..dah Sasau



Apabila saya paste catatan kedua Ust Nik Abduh ke dalam blog ini, tiba-tiba lepas 2 jam saya terima sms dari Ust Din Tantawi, dia cakap “kalau nak jadi blogger copy paste baik tak payah jadi”, oklah, saya pun dah lama tak menulis, hambatan masa yang tidak mengizinkan, dari PRK Kuala Terengganu, kekalutan Isu Perak, PRK Bukit Gantang dan baru selesai Mesyuarat Agung Kawasan, kecuali isu Perak semuanya memerlukan tumpuan 200%, mungkin sekarang ni baru ada peluang untuk membuat sedikit catatan

Sebenarnya saya tidak mempunyai hak untuk mencampuri pembelaan seorang anak terhadap ayahnya, apabila kita melihat ayah kita cuba di pergunakan, sementelah lagi kita mengetahui sifat ayah kita yang selalu husnuzan kepada orang sekeliling kita pastinya rasa membuak-buak untuk membela ayah kita semakin kuat, Ust Nik Abduh telah melakukan apa yang sepatutnya di lakukan oleh beliau sebagai seorang anak, yang pasti apa yang di perkatakan ini pastinya tiada sebarang kepentingan kecuali kepentingannya sebagai seorang anak, hubungan beliau dengan TGNA sebagai seorang anak pastinya melebihi daripada hubungan politik bahkan dari segala hubungan, Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah mereka yang cuba membela diri, cuba untuk mentakwilkan pembelaan anak kepada bapanya, apa hak anda untuk mentakwilkan ini, sehingga menseranah Ust Nik Abduh dengan macam-macam, pasti ada kepentingan….kepentingan apa tu…pasti orang yang sekarang ini terlompat-lompat kepanasan tahu… tapi yang peliknya…Ust Nik Abduh hanya cakap pembantu ayahnya di Kelantan je, dari Driver ayahnya sehingga ke TMB Ust Ahmad Yaakob, termasuk di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dan Kota Darul Naim….tapi yang hairannya yang duk di Shah Alam yang terlompat, yang dok di Perak pun terlompat….dan yang lebih dahsyat lagi yang duduk di Dubai (kalau tak salah) pun ikut terlompat…kenapa begitu sekali?!! Apa masalah anda…Ust Nik Abduh cakap pembantu-pembantu ayahnya di Kelantan…sepatutnya orang Kelantan je yang tampil….yang merasakan diri mereka sebagai pembantu TGNA yang memberikan maklumat yang silap sehingga anak kepada TGNA melenting kerana mempergunakan ayahnya..tapi yang kat Kelantan ni senyap je…mungkin betul dan tepat tembakan Ust Nik Abduh tu.

Saya mengenali Ust Nik Abduh secara peribadi….mungkin beliau tidak lagi mengenali saya…tak kisah pun perkara tu, tetapi sepanjang pengenalan saya dengan beliau, beliau macam ayahnya juga selalu husnuzan, saya pernah ke Iskandariah, hatta ke Jabal Musa di St Catherine dengan beliau, kalau nak kata anak butir TGNA pun saya boleh perakui, kalau di bimbang dengan sifat husnuzan ayahnya sehingga ada orang keliling boleh mengambil kesempatan, maka saya pun pada masa itu berasa demikian, bimbang yang baik itu takut orang mengambil kesempatan darinya. Dengan sifatnya yang demikian tiba-tiba dia meletup dengan satu tulisan yang menggegarkan banyak orang, gegaran yang mungkin boleh sebabkan tahta yang sedang di duduki sekarang ini akan runtuh, dan juak-juak yang sedang menjunjung tahta itu akan turut sama runtuh. Kalau kita tengok filem Lord Of The Ring dalam episod Return Of The King, apabila Tower Sauron runtuh maka segala orcs dan segala penjahat yang bernaung di bawah Tower itu turut hancur walaupun mereka berada di mana sahaja, itu mungkin yang di bimbangkan oleh mereka-mereka yang berada di Shah Alam, Perak and Dubai atau di mana-mana sahaja, mereka pun akan turut runtuh sama.

Bila kita membaca catatan Ust Nik Abduh, Kerja-kerja bodoh dalam PAS 1&2 jelas kepada kita bahawa pola perbicaraan hanyanya berkisar tentang ketidak puasan hatinya terhadap mereka yang ada di keliling TGNA, di sebabkan beberapa perkara yang beliau telah sebut dan jelaskan, sepatutnya mereka yang tidak puas hati dengan penyataan ini mendesak supaya mereka yang telah melakukan perkara ini tampil dan memerikan keterangan bukan membebel dan menista Ustaz Nik Abduh, sehingga cuba ungkit kepada pembantu-pembantu Presiden pulak yang di sebut bodoh ada, gila pun ada… tak apa, kalau kalau betul pembantu-pembantu Presiden tak betul, bodoh dan gila tentu Ust Mohd Khalil bin Abd Hadi atau menantu presiden di Ustaz Zaharuddin Mohammad tidak akan berdiam diri, thiqah ana kepada kedua-dua ini, Ust Khalil dan Ust Zaharuddin sama thiqah saya kepada Ustaz Nik Abduh, keilmuan mereka, akhlak mereka, tok leh nok te’.

Saya bukan nak berhujjah tentang unity Government, sebab Ust Nik Abduh pun cakap bukan tujuan dia membuat catatan gempar ini, Cuma dia sebagai anak tidak berpuas hati dengan segelintir penasihat ayahnya yang melakukan kerja tak betul…..walau bagaimanapun amat malang apabila ada orang cakap Ust Nik Abduh tak faham ayah dia?!!!! Hooooiiiii kita bukan berbicara tentang Ust Nik Abduh yang umur 5 atau 10 tahun yang kadang-kadang lebih baik kita suruh dari kita larang…tapi yang kita bicarakan ini ialah Ust Nik Abduh yang umurnya sudah 30an, yang telah belajar dari India ke Pakistan dan ke Mesir.. janganlah kita rasakan bahawa kita lebih faham dan reti bahasa TGNA dari Ust Nik Abduh, jangan kita rasa kita lebih tahu perangai TGNA walaupun kita setiausaha dia ke atau Exco kanan dia ke dari Ust Nik Abduh dan adik beradik dia….cakap kita tu kena tapis jugak..jangan la melampau sangat…
Akhir sekali……apa yang kita mahu…mereka yang di sebut oleh Ust Nik Abduh dalam tulisan nya tu sila tampil kenapa dia buat cam tu….bagi yang duduk jauh dan bukan dari golongan yang di nyatakan oleh ust Nik Abduh tak payah nak ber’mee goreng’ di sini…mujur Ust Nik Abduh beri gelaran Mee Celup (sebab itulah hakikatnya, Imam syafie pernah berkata antara syarat menuntut ilmu agama ini ‘masa yang panjang’) dah kira bagus la tu…boleh jugak di makan dan laku jugak di jual.


28 April 2009

kerja - kerja bodoh dalam pas (2)- Ust Nik Abduh


Salam Kamunting,
1)
Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.
Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.
Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.
Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.
Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.
Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.
Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.
Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.
Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.
Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!
Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.
Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.
AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.
Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.
Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.
Sekarang masanya saya menjelaskan..
2)
Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?
Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.
Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.
Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.
Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.
Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.
Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.
Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.
Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.
3)
Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.
Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!
Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.
4)
Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.
Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.
Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.
Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.
Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.
Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.
Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.
Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.
5)
Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.
Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.
Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.
Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.
Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?
Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?
Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.
Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.
Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda